Boleh jimat banyak, lelaki ini dedah cara dapatkan coins dalam Shopee yang ramai orang tak tahu. Di zaman serba canggih ini, hampir semua urusan beli-belah boleh diselesaikan melalui telefon sahaja. Dari membeli pakaian, barangan, hingga makanan, semua boleh dilakukan secara dalam talian.
Lebih-lebih lagi dengan menggunakan aplikasi Shopee. Korang mesti tahu kan bahawa apabila berbelanja melalui aplikasinya, korang boleh menikmati pelbagai faedah seperti Penghantaran Percuma tanpa had perbelanjaan minimum dan Coins Cashback.
Bercakap tentang Coins Cashback ini, sesiapa yang bijak memanfaatkan peluang ini pasti akan dapat kumpul banyak-banyak. Sebabnya, bila Coins sudah banyak, boleh digunakan untuk membeli barang lain pula. Jadi, bila beli guna Coins, bukan duit kita lagi. Kan jimat macam tu?
Sekarang tak perlu risau sebab Shopee Delivery pun laju, jadi proses mendapatkan Coins tidak perlu menunggu lama. Biasanya dalam masa tiga hari sudah sampai, dapat Coins dan boleh terus digunakan untuk membeli barang lain.
Macam mana nak dapatkan Shopee Coins?
Kalau korang dah tahu betapa istimewa Shopee Coins ini, pasti ramai yang nak kumpul, kan? Baru-baru ini, ada yang kongsi di media sosial tentang cara mudah untuk mendapatkan Shopee Coins. Caranya sangat mudah dan berkesan; saya sendiri telah cuba dan berjaya kumpul +9,012 coins.
Bila min ringkaskan, cara-cara yang dikongsikan oleh lelaki tersebut adalah seperti:-
- Bila korang beli barang2 mahal, check semua voucher mana lagi berbaloi. Nak lagi berbaloi, guna je voucher 12 – 15% cashback.
- Rajin2 kan review barang. Sebab sekarang ni Coins untuk review dekat Shopee dah dinaikkan kepada 10 Coins!
- Nak lagi best, korang join game2 best dekat Shopee. Lagi2 baru ni tengah demam Olimpik kan, diorang ada game baru bertemakan Olimpik. Kat situ boleh dapat lagi banyak Coins!
Sebenarnya, mudah sahaja untuk mendapatkan Coins, tapi kena buatlah baru dapat, kan? Paling menarik adalah apabila kita dapat banyak Coins hanya dengan bermain permainan Olimpik! Tapi, apa kaitan Shopee dengan Olimpik ni?
Tanda Sokongan Kepada Atlet Malaysia, Shopee Bawakan Shopeelympics
Shopee kini telah melancarkan Shopeelympics Harian sebagai tanda sokongan kepada atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024. Shopeelympics Harian ini juga dilancarkan bersempena dengan 8.8 Festival Shopee Live!
Yang pasti, terdapat banyak baucar dan promosi yang ditawarkan melalui sokongan yang diberikan kepada atlet negara kita.
Bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos, terdapat TIGA aktiviti menarik yang ditawarkan, iaitu:
- Shopee Live MEOW-Lympics: Program penstriman langsung selama tiga hari yang direka khas untuk pencinta kucing dan peminat Olimpik. Tonton Shopee Live dari 12 tengah hari – 1 petang pada 30 Julai, 1 Ogos dan 6 Ogos untuk update terkini Olimpik, trivia, mengimbas kembali memori Olimpik lalu, dan permainan ramalan yang menyeronokkan di mana ada maskot kucing yang meramal siapakah pemenang. Malahan, enam pembeli teratas semasa acara ini boleh membawa pulang sesi fotografi profesional bersama haiwan kesayangan mereka yang bernilai RM599!
- Shopee Shake: Hasil kerjasama dengan Astro Malaysia, korang berpeluang memenangi sehingga 888,888 Shopee Coins! Korang hanya perlu sertai Shopee Shake dari Isnin hingga Khamis dan tonton NADI Arena di Astro Arena (CH 801 & 802) pada jam 8 malam dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
- Trivia Shopeelympics: Membolehkan korang menguji pengetahuan korang tentang Olimpik dari Jumaat hingga Ahad!
Psstt! Korang nak tahu, Shopee juga akan memberikan baucar eksklusif untuk setiap pingat yang dimenangi oleh atlet kita di Olimpik!
Nak tahu lebih lanjut tentang Shopeelympics Harian dan 8.8 Festival Shopee Live? Klik je link yang saya sediakan di sini.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai kita sokong wira negara bersama Shopee. Mari kita bersorak untuk Malaysia di Olimpik 2024!