Bola rasmi Final Piala FA ditukar baru selepas dikecam peminat bola sepak tanah air. Bola rasmi yang akan digunakan dalam aksi final Piala FA antara Selangor FC (SFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya ditukar oleh pihak penaja, Active Sports, selepas menerima kecaman hebat daripada peminat bola sepak tempatan.
Ketika diperkenalkan oleh Malaysian Football League (MFL), bola tersebut memaparkan rekaan logo kedua-dua kelab yang bertanding. Namun, bola itu dikecam dengan teruk oleh peminat kerana mengandungi kalimah Allah pada logo pasukan Selangor.
Penggunaan kalimah suci bagi umat Islam itu tidak sesuai diletakkan pada sebiji bola yang digunakan oleh pemain di padang.
Active Sports dalam kenyataan di laman Instagram mengakui telah melakukan kesilapan dan akan lebih berhati-hati dalam soal sensitiviti agama.
“Kami dari pihak Activesports prihatin terhadap sensitiviti dan memohon maaf atas kekhilafan ini. Suara anda sebagai penyokong ke-12 sangat penting bagi kami dan kami memerlukan sokongan anda,” katanya.
Selepas mengambil kira pandangan peminat, mereka telah memutuskan untuk mengeluarkan logo kelab daripada bola tersebut dan menggantikannya dengan perkataan ‘JDT’ dan ‘SEL’.
Bola tersebut akan digunakan secara rasmi pada final yang berlangsung pada hari Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Penggunaan PUMA Orbita MFL 1 sebagai bola rasmi menjadikan Liga Malaysia turut mengikuti jejak langkah dua liga terkemuka dunia iaitu LaLiga di Sepanyol dan Serie A di Itali, selain pertandingan EFL termasuk Sky Bet Championship, League One, League Two, Carabao Cup, dan Papa John’s Trophy.
Menggabungkan warna ikonik kuning, merah, putih, dan biru yang diilhamkan daripada bendera kebangsaan iaitu Jalur Gemilang, PUMA ORBITA MFL 1 menampilkan reka bentuk berani dan grafik yang menarik dengan warna asas putih.
MFL ni buat research ke tidak ni? Dalam logo selangor tu ada jata negeri selangor yang ada kalimah Allah..Siapa punya idea lah ni 🤦🏻♂️
Isu kalimah suci ni jangan buat main woi @MFL_MY @FAM_Malaysia @KBSMalaysia @selangorfc @SpskOfficial https://t.co/mgWET1psYT— AR (@acapAR46) August 21, 2024