Black terkejut tersilap peluk peminat perempuan atas pentas, ingatkan lelaki

Black terkejut tersilap peluk peminat perempuan atas pentas, ingatkan lelaki

Black terkejut tersilap peluk peminat perempuan atas pentas, ingatkan lelaki. Minggu lepas, stesen radio Era FM berkunjung ke Ipoh, Perak untuk menjayakan sebuah event di sana dan acara turut dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis-artis terkenal.

Apa yang menarik perhatian pengunjung adalah apabila penyanyi Black Hanifah telah menjemput seorang peminatnya untuk naik ke atas pentas semasa dia membuat persembahan.

Video yang menular itu memaparkan, Black sedang beramah mesra bersama peminat kemudian penyanyi berusia 34 tahun itu telah memilih salah seorang peminat untuk menyanyi bersamanya di atas pentas.

@hanifahblack Ingat lelaki sekali perempuan..maaf kan abg dik.. 😅 @ERA #nyawablack #blackpirlo #nivalel #nimemangviral #hitampunsedap #fyp #sofeajane #temanpengganti #ipoh ♬ original sound – Hanifah Black

Ingat lelaki rupanya perempuan…

Black terkejut tersilap peluk peminat perempuan atas pentas, ingatkan lelaki

Dapat dilihat dalam video berkenaan, Black telah memilih seorang peminat bertuah di kalangan penonton dan memeluknya sambil mengiringi invidividu tersebut ke pentas.

Sebaik sahaja mereka tiba di atas pentas, Black terus menanyakan nama individu tersebut sebelum berasa terkejut apabila mengetahui jantina sebenar peminat tersebut.

Difahamkan pada awalnya, Black menyangkakan peminat tersebut adalah lelaki berdasarkan daripada penampilannya. Namun, ramai yang terkejut selepas mengetahui bahawa individu terbabit sebenarnya adalah perempuan selepas memperkenalkan nama ‘Afrina’.

“Memang tak sangka sebab masa panggil naik ke pentas, dia panjat pagar penghadang. Dengan muka pun macam Naim Daniel, ramai tak perasan dia perempuan.”

“Aku peluk tadi tau… Abang ingatkan lelaki, sekali perempuan. Maafkan abang dik,” katanya.

Selepas Black mengetahui perkara tersebut dia telah memohon maaf kepada Afrina, yang kelihatan santai dan memaafkannya atas perkara yang tidak disengajakan itu.

Apa kata warganet?

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet menunjukkan pelbagai reaksi di mana ramai yang tidak sangak dengan jantina individu terbabit yang sebenarnya seorang wanita kerana wajahnya yang mirip dengan penyanyi, Naim Daniel.

Black terkejut tersilap peluk peminat perempuan atas pentas, ingatkan lelaki

Baca Lagi:
Tekanan dengan mak kandung dan ayah tiri, akhirnya perbuatan aku ‘makan diri’
Geng-geng PN akan terduduk dalam sebulan lagi – Rafizi
Gadis kongsi pengalaman datang rumah pakwe tapi dilayan seperti ‘bibik’, ibunya suruh buat macam-macam
CATEGORIES