Black Hanifah dituduh beli kapal layar mewah di Langkawi untuk cuci duit haram

Black Hanifah dituduh beli kapal layar mewah di Langkawi untuk cuci duit haram

Black Hanifah dituduh beli kapal layar mewah di Langkawi untuk cuci duit haram. PENYANYI Black Hanifah meluahkan rasa kecewa apabila dituduh membeli sebuah kapal pelayaran mewah di Pulau Langkawi, Kedah hasil penggubahan wang haram.

Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 37, menganggap ia fitnah besar terhadapnya dan menjelaskan apa yang dimiliki hari ini adalah hasil usaha kerasnya sendiri.

“Tiba-tiba saya dapat fitnah. Cukuplah saya bekerja keras untuk semua benda yang saya dapat hari ini,” katanya.

Black Hanifah dituduh beli kapal layar mewah di Langkawi untuk cuci duit haram

Black meluahkan perkara itu menerusi satu perkongsian di Instastory miliknya pada Selasa.

Dalam perkongsian berbeza penyanyi ini memuat naik sebuah video yang menceritakan kononnya dia berbelanja mewah di pulau peranginan tersebut.

Menerusi penjelasan itu, Black bagaimana dilihat tidak menafikan telah memiliki kapal layar seperti yang disebut.

“Saya tidak faham apa yang sakit hati dan iri hati sangat dengan kejayaan anak Melayu.

“Saya kerja siang dan malam untuk saya dapat seperti hari ini,” ujarnya.

Penyanyi lagu Teman Pengganti ini juga menganggap cerita berkenaan mula timbul disebabkan sikap iri hati sesetengah pihak terhadap kejayaan yang dimiliki hari ini.

“Bila manusia mula merah mata dan iri hati dengan kejayaan kita,” tulisnya ringkas pada video berkenaan.

Sebelum ini juga pernah timbul cerita kononnya Black membangunkan inap desa di Langkawi hasil penggubahan wang haram namun dia menafikan hal tersebut.

Baca Lagi:
Perkahwinan tidak direstui keluarga, isteri kerat kemaluan suami sedang tidur
Video senaman punggung Ifa Raziah dan Aliff Syukri jadi perhatian, ‘netizen minta perbanyakkan lagi buat video macam ni’
Lelaki rogol budak 13 tahun hingga lahirkan bayi
CATEGORIES