Birthday paling meriah dalam Malaysia, satu mall nyanyi lagu hari jadi buat Tengku Ahmad

Birthday paling meriah dalam Malaysia, satu mall nyanyi lagu hari jadi buat Tengku Ahmad

Birthday paling meriah dalam Malaysia, satu mall nyanyi lagu hari jadi buat Tengku Ahmad. Setelah menempuh lebih 15 jam perjalanan dari bandar Sibu ke Kuching, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan rombongan berangkat tiba di Pullman Hotel, Kuching kira-kira jam 12.20 tengah malam semalam.

Walaupun lama menanti ketibaan rombongan baginda, namun warga Kuching masih bersemangat menanti keberangkatan rombongan baginda sehinggakan setiap pelosok di bandar Kuching dipenuhi oleh warga kota semalam.

Turut serta dalam rombongan tersebut adalah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merupakan putera kepada YDP Agong dan Permaisuri Agong.

Birthday paling meriah dalam Malaysia, satu mall nyanyi lagu hari jadi buat Tengku Ahmad

Ibarat ‘diserang histeria’, warga Kuching teruja sebaik sosok tampan Tengku Ahmad berangkat tiba di Pullman Hotel.

Untuk info, Tengku Ahmad diputerakan pada 11 September 2000 dimana hari keputeraan Tengku Ahmad baru-baru sahaja berlangsung beberapa hari lepas.

Menariknya, warga Kuching tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan menyanyikan lagu ‘happy birthday’ sempena hari keputeraan baginda ke 23 tahun itu.

Momen berharga itu telah dikongsikan oleh seorang individu di Tiktok dengan kapsyennya ‘Tengku Ahmad birthday wishes paling win’.

Birthday paling meriah dalam Malaysia, satu mall nyanyi lagu hari jadi buat Tengku Ahmad

Mana tidaknya, satu mall ‘sporting’ dan teruja menyanyikan lagu hari jadi buat Tengku Ahmad.

Setelah menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen.

Antaranya, rata-rata terharu dengan semangat warga Sarawak walaupun seharian penat menanti keberangkatan rombongan baginda.

Birthday paling meriah dalam Malaysia, satu mall nyanyi lagu hari jadi buat Tengku Ahmad

Ada juga yang berjenaka, aura artis K-pop pun boleh kalah dengan ‘gelombang’ dari Tengku Ahmad.

Terbaiklah warga Kuching!

Baca Lagi:
Warga Bangladesh dakwa beli motosikal dengan polis berharga RM1,500, ini cerita sebenar yang ramai tak tahu
21 pelajar sekolah dan 10 guru cedera disengat tebuan tanah
Ramai sebak lihat reaksi suami jadi wakil ambil ijazah isteri yang meninggal dunia ketika lahirkan anak
CATEGORIES