Bintang popular Zhao Wei filem ‘Shaoling Scoccer’ bergelar billionair, tapi namanya dipadam

Bintang popular Zhao Wei filem ‘Shaoling Scoccer’ bergelar billionair, tapi namanya dipadam

Bintang popular Zhao Wei filem ‘Shaoling Scoccer’ bergelar billionair, tapi namanya dipadam. Bagi peminat drama dan filem China, pasti mengenali aktres jelita Zhao Wei. Memiliki sepasang mata bundar dan hidung mancung, kecantikan dan bakat Zhao Wei turut menarik perhatian peminat di Malaysia.

Lebih-lebih lagi menerusi lakonannya dalam filem komedi Shaolin Soccer di samping pelakon handalan, Stephen Chow pada tahun 2001.

Walau sudah lebih 20 tahun berlalu namun masih ramai yang mengingati jalan cerita filem berkenaan dan wajah cantik Zhao Wei yang menjayakan watak Mui.

Diangkat sebagai aktres terkenal China dan mendapat bayaran termahal di sana, Zhao Wei yang disenarai sebagai bilionair muda China bagaimana pun mencetus kontroversi apabila namanya ‘dilenyapkan’ daripada platform media dan industri di negara Tembok Besar tersebut.

Bintang popular Zhao Wei filem 'Shaoling Scoccer' bergelar billionair, tapi namanya dipadam

Memetik laporan Dimsumdaily Hong Kong, Zhao Wei atau dikenali sebagai Vicky Zhao juga ahli perniagaan, pengarah filem, penerbit dan penyanyi pop. Dia yang bertaraf bilionair di China turut pernah dilantik menjadi jurucakap jenama fesyen mewah Itali, Fendi pada tahun 2020.

Pada 27 Ogos 2021, semua filem dan drama yang menampilkan Zhao Wei dilupuskan daripada perkhidmatan video China seperti Tencent Video dan iQiyi.

Bintang popular Zhao Wei filem 'Shaoling Scoccer' bergelar billionair, tapi namanya dipadam

Bintang popular Zhao Wei filem 'Shaoling Scoccer' bergelar billionair, tapi namanya dipadam

Bintang popular Zhao Wei filem 'Shaoling Scoccer' bergelar billionair, tapi namanya dipadam

Bintang popular Zhao Wei filem 'Shaoling Scoccer' bergelar billionair, tapi namanya dipadam

Bagaimana pun, sehingga kini tiada penjelasan diberikan kerajaan China mengenai ‘penyingkiran’ Zhao dan perkara tersebut masih menjadi misteri hingga ke hari ini.

Pada 28 Ogos 2021, selebriti itu dilapor meninggalkan China dan terbang ke Perancis. Pun begitu, Zhao menjelaskan dia berada di Beijing dan bukan di Perancis.

Media tempatan China pula mendedahkan suami Zhao Wei iaitu ahli perniagaan berasal dari Singapura bernama Huang Youlong menjadi buruan kerana mempunyai hutang berjumlah 600 juta dollar Hong Kong. Suami Vicky dikatakan mempunyai empat ladang pembuatan wine di Perancis.

Bintang popular Zhao Wei filem 'Shaoling Scoccer' bergelar billionair, tapi namanya dipadam

Bintang popular Zhao Wei filem 'Shaoling Scoccer' bergelar billionair, tapi namanya dipadam

Bintang popular Zhao Wei filem 'Shaoling Scoccer' bergelar billionair, tapi namanya dipadam

Bintang popular Zhao Wei filem 'Shaoling Scoccer' bergelar billionair, tapi namanya dipadam

Bintang popular Zhao Wei filem 'Shaoling Scoccer' bergelar billionair, tapi namanya dipadam

Selain popular menerusi filem Shaolin Soccer, Zhao Wei juga dikenali ramai dalam drama terkenal China ‘My Fair Princess’ tetapi namanya ‘dibuang’ daripada senarai para pelakon. Media di sana turut diberitahu mereka mendapat arahan untuk berbuat demikian dalam tempoh singkat tanpa mendapat penjelasan terperinci.

Zhao Wei kini berusia 46 tahun dan mencipta nama dalam pelbagai genre lakonan termasuklah aksi seperti filem Mulan, 14 Blades dan Painted Skin.

Baca Lagi:
‘Mujur ada budak tahfiz’, makcik dipukul lelaki sakit mental dedah cerita sebenar
Pukul isteri dengan topi keledar, lelaki cerita hal sebenar
Nurul Izzah jadi penasihat kanan kewangan dan ekonomi
CATEGORIES