Bina rumah agam mewah untuk pelajar tahfiz, rupanya ayah mertua MK seorang hartawan ‘humble’ yang ramai tak tahu kisahnya

Photo of author

By Joe

Bina rumah agam mewah untuk pelajar tahfiz, rupanya ayah mertua MK seorang hartawan ‘humble’ yang ramai tak tahu kisahnya. Sebut sahaja rumah agam, pastinya persoalan yang bermain di fikiran anda siapakah pemiliknya bukan? Bukan sahaja itu, setiap rumah agam mempunyai keunikannya yang tersendiri di samping keluasan yang tidak masuk akal.

Rata-rata rumah ini didiami oleh golongan yang ‘berada’ atau kaum kerabat. Namun berbeza dengan rumah agam satu ini yang dibina oleh seorang hartawan, Sheikh Nordin.

Mungkin anda tidak terfikir siapakah yang mendiaminya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Syahril A. Kadir di bawah.

Bina rumah agam mewah untuk pelajar tahfiz, rupanya ayah mertua MK seorang hartawan 'humble' yang ramai tak tahu kisahnya

Kisah Sheikh Nordin, Mertua MK dan Rumah Mewah di Pinggir Sungai.

Baru-baru ini penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, MK bergelar suami kepada Siti Hajaar Syeikh Nordin. Tahniah kepada pasangan muda ini.

Saya secara peribadi merasakan MK sangat bertuah kerana bukan sahaja memiliki isteri yang cantik dan lemah lembut, tetapi menjadi menantu kepada seorang hartawan yang cukup humble, Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

Syeikh Nordin adalah anak jati Kuala Krau, Temerloh, Pahang yang banyak menyumbang kepada kerja-kerja dakwah termasuk pendidikan.

Kalau anda pernah melalui Jalan Temerloh-Jerantut (kira-kira 30km dari Plaza Tol Temerloh), anda pasti akan terpesona melihat sebuah rumah agam mewah setinggi lima tingkat yang terletak di pinggir sungai dekat Kampung Batu Gading.

Bina rumah agam mewah untuk pelajar tahfiz, rupanya ayah mertua MK seorang hartawan 'humble' yang ramai tak tahu kisahnya

Itulah rumah mewah kepunyaan Syeikh Nordin yang kos pembinaannya mencecah jutaan ringgit. Ia dikenali sebagai ‘Dato’ Syeikh Residences’.

Keunikan rumah Syeikh Nordin yang diinspirasikan daripada beberapa bangunan yang terdapat di Asia Barat, Turki, China dan Uzbekistan ini membuatkan kerja-kerja pembinaannya mengambil masa hampir lapan tahun untuk disiapkan!

Antara tenaga buruh yang terlibat membina rumah agam ini termasuklah mereka yang didatangkan khas dari Uzbekistan.

Melengkapkan lagi keindahan rumah agam adalah panorama Sungai Pahang dan Gunung Senyum yang terletak di bahagian belakang rumah tersebut.

Bina rumah agam mewah untuk pelajar tahfiz, rupanya ayah mertua MK seorang hartawan 'humble' yang ramai tak tahu kisahnya

Untuk rekod, Syeikh Nordin yang juga suami kepada pelakon terkenal, Datin Noniswara Baharudin ini memilih menggunakan mozaik dan batu marmar dari luar negara sebagai bahan asas hiasannya, malah kubah yang terdapat di bumbung rumah agam itu diilhamkan daripada bangunan atau masjid di Uzbekistan, Turki dan China.

Setiap tingkat ‘Dato’ Syeikh Residences’ mempunyai rekaannya yang berbeza, begitu juga dengan warna mozaik dan batu marmar berlainan pada setiap sudut. Bertambah unik, sebuah kubah yang di atasnya didirikan sebuah binaan seperti tengkolok atau tanjak untuk menyuntik elemen Raja Melayu.

Menariknya, Syeikh Nordin dan keluarganya tidak tinggal di rumah agam ini sebaliknya menetap di ibu negara hingga ada yang pernah menganggap beliau GILA!

KESEMPATAN makan malam dengan Sheikh Nordin yang mempunyai darah campuran Arab-Cina baru-baru ini membuatkan hati saya meronta-ronta hendak bertanyakan apa motif beliau membina mahligai di sebuah kawasan pendalaman dan yang paling pelik kenapa beliau memilih untuk tidak mendiami rumah jutaan ringgit ini?

Sheikh Nordin seakan dapat mengagak persoalan yang dibenak fikiran saya. Beliau tidak menunggu lama untuk merungkaikan ‘misteri’ di sebalik pembinaan rumah yang menimbulkan tanda tanya itu.

Bina rumah agam mewah untuk pelajar tahfiz, rupanya ayah mertua MK seorang hartawan 'humble' yang ramai tak tahu kisahnya

“Saya anak kampung yang ingin berbakti kepada tanah kelahiran saya, orang boleh anggap macam-macam tetapi mereka tidak tahu apa yang tersimpan di hati dan pemikiran saya sejak sekian lama, Syahril, rumah itu saya jadikan pusat tahfiz dan sekolah agama untuk anak-anak kampung dan ibu bapa yang berhasrat untuk melengkapkan anak mereka dengan ilmu dunia dan akhirat.

Kini di sebalik keindahan fizikalnya, rumah tersebut hampir setiap hari diisi dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran, zikir dan tahmid para penghuninya yang terdiri daripada anak-anak tahfiz yang datang daripada pelbagai latarbelakang. saya harap lebih ramai ibu bapa akan menghantar anak mereka ke sini, saya nak mereka bukan sahaja berjaya dalam ilmu akhirat, tetapi pada masa yang sama tidak meninggalkan ilmu dunia,” kata Sheikh Nordin bersungguh.

Bina rumah agam mewah untuk pelajar tahfiz, rupanya ayah mertua MK seorang hartawan 'humble' yang ramai tak tahu kisahnya

Sejujurnya saya cukup kagum dengan hartawan yang cukup merendah diri dan sanggup mengorbankan hartanya untuk jalan Allah ini.

Kami berdua berbual dan berkongsi banyak kisah suka duka perjalanan hidup masing-masing sepanjang malam itu. Cukuplah sekadar itu, tak perlulah saya nyatakan di sini biji butirnya, biarlah ia kemas dan tersimpan rapi dalam diri kami berdua.

Bina rumah agam mewah untuk pelajar tahfiz, rupanya ayah mertua MK seorang hartawan 'humble' yang ramai tak tahu kisahnya

Malam semakin lewat namun kekaguman saya pada insan ini tidak hilang ditelan kegelapan hari.

Semoga beliau terus istiqamah dalam perjuangannya. The one and only – Sheikh Nordin.

Baca Lagi:
Biodata Ngasri Sain, ayah kepada 3 beradik terkenal, Bell Ngasri, Anne Ngasri dan Darling Ngasri yang ramai tak tahu
Netizen dakwa perangai Puteri Sarah makin pelik selepas bercerai, seludup makanan hotel?
Pelajar Universiti sindir orang kampung tak cantik, sekali ini yang terjadi pada wanita ini