Billionaire Jepun belanja hampir RM6 juta bina litar lumba peribadi atas gunung

Photo of author

By Joe

Billionaire Jepun belanja hampir RM6 juta bina litar lumba peribadi atas gunung. Seorang bilionaire Jepun dilaporkan telah membelanjakan sekitar £160 juta (£1/RM5.97) untuk membina sebuah litar lumba peribadi di kawasan pergunungan di Jepun.

Gambar litar yang dikenali sebagai Magarigawa menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Namun, menurut LADBible, litar yang menghadap Gunung Fuji dan Teluk Jepun itu sebenarnya sudah dibuka sejak tahun lepas, pada 29 Julai 2023.

Magarigawa adalah litar lumba persendirian pertama di Asia dan menyerupai litar dalam siri permainan video simulator perlumbaan, Gran Turismo (GT). Ia direka khas oleh pereka litar terkenal, Tilke Engineers & Architects, dan pembinaannya mengambil masa kira-kira tiga tahun, dilakukan oleh Maeda Corporation, syarikat yang juga menghasilkan kajian kebolehlaksanaan untuk membina Grand Valley Speedway di dunia nyata.

Billionaire Jepun belanja hampir RM6 juta bina litar lumba peribadi atas gunung

Litar sepanjang 2.17 batu itu mempunyai 22 selekoh dan laluan lurus sepanjang 800 meter dengan pemandangan indah Teluk Tokyo dan Gunung Fuji yang menakjubkan. Walaupun dibina sebagai litar peribadi, akses juga dibuka kepada orang luar tetapi terhad kepada ahli Kelab Magarigawa.

Untuk menjadi ahli, seseorang dikenakan bayaran sebanyak ¥36,000,000 (¥100/RM3.12) dan yuran tahunan sebanyak ¥220,000. Magarigawa turut menyediakan 25 paddock khas yang dilengkapi dengan penginapan untuk bermalam dan empat tempat letak kereta, serta sistem kawalan iklim dan ruang penyelenggaraan kenderaan. Ahli juga boleh mendapatkan perkhidmatan mekanik yang bertugas di litar.

Kemudahan ini terhad kepada ahli kelab kategori high-tier sahaja, di mana beberapa ahli sanggup membida sehingga ¥800 juta untuk mendapatkan akses ke kawasan tersebut. Selain itu, terdapat juga rumah kelab yang dilengkapi dengan kolam renang, mata air panas semula jadi, bar, gimnasium, bilik karaoke, ruang keluarga, dan ruang makan.

Menurut LADBible, litar ini dibina selepas bilionaire tersebut ingin memiliki kawasan lumba yang membenarkan dia membawa isteri dan anak-anaknya ke trek.

Baca Lagi:
Ini 5 negara di dunia paling banyak cuti umum, Nepal tempat pertama
“Gaji dia negatif, nak makan pun pinjam duit saya”- Wanita tolak lamaran abang askar
Misteri pintu diketuk tengah malam, penduduk yakin bukan orang tapi ‘benda’ itu