Billie Eilish punya hal, pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad rugi lebih RM2,500

Billie Eilish punya hal, pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad rugi lebih RM2,500

Billie Eilish punya hal, pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad rugi lebih RM2,500.

Gara-gara Billie Eilish, pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad kerugian lebih RM2,500 apabila dia terlepas pandang tarikh konsert penyanyi antarabangsa itu yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, semalam.

Menerusi perkongsian video di TikTok stesen radio Era FM, Nabil terduduk dan menghubungi isterinya, Nazirah Ayub bagi memaklumkan perkara itu.

“Yang (panggilan isteri), Billie Eilish tu semalam saja, mana ada hari ini. Awak tengok dekat tiket tu, 18 hari bulan.

“Lailahaillallah. Memang Allah tak izin, senang cerita,” kata Nabil ketika menghubungi isterinya.

Difahamkan, Nabil sudah membeli lima tiket berharga RM508 setiap satu untuk isteri dan tiga anak perempuannya.

Rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat pelawak itu selain tidak perlu menyesali kesilapan itu kerana menyifatkan Tuhan sedang melindungi dirinya bersama keluarga daripada melakukan perkara mungkar. Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang ralat apabila pelawak itu terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit.

Malam tadi Eilish, 20, menghiburkan lebih 25,000 peminat pada konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022.

Baca Lagi:

Akhirnya Najib mengaku dana SRC RM42 juta masuk dalam akaunnya

‘Mereka gunakan saya dan suami’ – Tokti dedah sesuatu mengejutkan peminat

Budak dua tahun balas dendam gigit ular sampai mati selepas kena patuk dibibir

CATEGORIES