Bilik sewa macam bilik peti mayat, harga RM290 sebulan

Bilik sewa macam bilik peti mayat, harga RM290 sebulan

Bilik sewa macam bilik peti mayat, harga RM290 sebulan. Selain murah, fasiliti tersedia juga menjadi antara faktor yang perlu dititikberatkan apabila mahu menyewa bilik atau rumah. Mana tidaknya, selepas seharian bekerja atau belajar, kita mesti mahu berehat dengan tenang di rumah.

Terbaharu, iklan bilik sewa di ibu kota telah menjadi buah mulut ramai apabila seorang pengguna Twitter telah berkongsi kembali iklan bilik sewa yang dilihatnya di Facebook.

Menerusi iklan tersebut, dapat dilihat bilik sewa yang ditawarkan berkonsepkan ‘capsule’ dan pastinya kecil serta terlihat seperti peti simpan mayat. Lebih mengejutkan apabila harga sewa bermula daripada RM290 sebulan.

Bilik sewa macam bilik peti mayat, harga RM290 sebulan

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan keadaan bilik sewa itu serta mengatakan tuan rumah melampau mahu mendapat keuntungan segera.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berpendapat bahawa penyewa di bilik tersebut pasti ‘sesak nafas’ disebabkan tiada pengudaraan yang baik. Rata-rata netizen juga berharap bilik sewa seperti ini sepatutnya tidak wujud.

Baca Lagi:
Kerja 12 jam sehari, ‘siang jadi foodpanda, malam siapkan tesis’, akhirnya lelaki ini bergelar doktor
Dah 3 bulan kahwin langsung tak disentuh suami, mertua asyik suruh teman dia tidur, akhirnya ini yang jadi..
Kisah mak mertua paksa suami lafaz cerai, aku terpaksa culik suami sendiri dari selatan ke Selangor
CATEGORIES