“Bilik kegemaran saya”- Datuk Seri Vida kongsi ‘room tour’ hotel berharga satu malam RM30,000. Usahawan popular, Datuk Seri Vida, berkongsi pengalamannya menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, memuat naik video ‘room tour’ hotel berkenaan yang terletak di ibu negara.
Difahamkan, ini bukan kali pertama usahawan berusia 52 tahun tersebut menginap di hotel mewah tersebut.
“Selamat kembali ke hotel berharga RM30,000 satu malam. Hotel ini adalah yang terbaik jika saya mahu bermalam di Kuala Lumpur. Kemudahan hotel sangat cantik. Bilik ini memang kegemaran saya—luas, selesa, dan moden.”
Menurut Vida, dia mengambil kesempatan untuk berehat sebentar daripada kesibukan kerja.
“Dah lama tak berehat, sibuk. Bukan selalu saya ada masa untuk relaks macam ini. Saya ini jiwa berniaga, tak boleh duduk diam. Kadang tidur pun tak cukup.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat Vida berhak menikmati kesenangan setelah bertungkus lumus dalam perniagaannya.
“Mahal pun tak apa, untuk diri sendiri selepas penat bekerja. ‘Me time’ itu perlu. Alhamdulillah, sekali-sekala berehat dan tenangkan fikiran. Kerja keras yang membuahkan hasil.”
Dalam masa yang sama, terdapat juga segelintir warganet yang menganggap bilik tersebut terlalu mahal dan tidak berbaloi.
@datoserividaofficial Bestnyaaa sekali sekala ada masa nak rehat 😆 #datosrivida #quputehbarulahputeh #ImpianMuTikTokAwards ♬ sonido original – lyrics.songs