“Bila support kedai Melayu, macam ni jadinya”- Lelaki dedah bengkel tak mahu tanggungjawab enjin ‘crack’ selepas hantar major service. Seorang lelaki bernama Hanif berkongsi pengalaman mengecewakan yang dialaminya baru-baru ini dengan sebuah bengkel membaiki motosikal.
Menerusi hantaran di Facebook, Hanif berkata dia telah menghantar motosikalnya untuk major service di bengkel tersebut pada 27 April yang lalu.
Hantar major service lepas tu rosak
Hanif menerangkan bahawa dia memilih bengkel tersebut atas nasihat beberapa rakan sekerja dan juga dengan niat untuk menyokong perniagaan yang dimiliki oleh orang Melayu.
Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Selepas 2 hari major service, enjin motorsikal saya jammed sewaktu pulang bertugas.
Asyik bagi punca rosak yang berbeza
Keesokan harinya, bengkel menghantar seorang wakil mekanik ke rumah Hanif untuk memeriksa motornya, dan dia memberitahu bahawa ada masalah pada bahagian enjin.
Namun, dia mengatakan mekanik tersebut memberikan alasan punca kerosakan yang berbeza-beza seolah-olah cuba menipunya.
“Saya beritahu enjin jammed. Dia kata ni masalah bateri. Saya jadi pelik sebab kalau bateri problem, enjin tidak akan mati tiba-tiba. Lepas tukar bateri, enjin masih tidak hidup. Dia pula mengatakan starter rosak.”
Motosikal Hanif akhirnya dibawa ke bengkel dan selepas pemeriksaan lanjut, benar katanya tentang motornya mempunyai masalah pada bahagian enjin.
Sementara itu, Hanif menyatakan bahawa beliau akan membawa perkara tersebut ke Tribunal sekiranya beliau tidak menerima respon yang memuaskan daripada pihak bengkel tersebut.