Bila masuk bilik hotel, ini tempat-tempat yang patut anda periksa, mungkin ada cctv tersembunyi

Photo of author

By Joe

Bila masuk bilik hotel, ini tempat-tempat yang patut anda periksa, mungkin ada cctv tersembunyi. Pada musim cuti sekolah, apabila ramai orang cuti dan check in hotel, penting untuk kita mengetahui petua ini. Maklumlah di zaman teknologi ini, apa sahaja boleh berlaku.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, sebaiknya periksa kamera tersembunyi selepas memasuki hotel atau penginapan yang kita tempah. Berikut adalah perkongsian daripada saudara @luqmanhkm93 ini.

Ketahui Tempat Biasa untuk Kamera Tersembunyi

Bila masuk bilik hotel, ini tempat-tempat yang patut anda periksa, mungkin ada cctv tersembunyi

Menurut saudara itu, penjenayah sering menyembunyikan kamera ini di tempat yang sukar dilihat oleh mata kasar. Ini termasuk:
  • Pengesan asap
  • Penapis udara
  • Buku
  • Hiasan dinding
  • Kotak tisu
  • Teddy bear
  • Kotak TV Digital
  • Penyangkut Baju
  • Pen
  • Almari pakaian

Bila masuk bilik hotel, ini tempat-tempat yang patut anda periksa, mungkin ada cctv tersembunyi

Bila masuk bilik hotel, ini tempat-tempat yang patut anda periksa, mungkin ada cctv tersembunyi

Tutup Lampu Bilik

Pastikan semua lampu ditutup sebelum memasuki bilik. Pasang lampu pada telefon anda dan halakan pada mana-mana di dalam ruangan bilik tersebut.

Periksa Wifi

Hidupkan wifi pada telefon anda dan cuba kesan jika terdapat sebarang talian atau sambungan wifi pelik pada telefon anda. Lebih mudah, pasang apps Fing pada telefon anda.

Bila masuk bilik hotel, ini tempat-tempat yang patut anda periksa, mungkin ada cctv tersembunyi

Kalau Jumpa, Cabut Kabel

Cabut sebarang kabel yang anda syak adalah kamera tersembunyi.

Baca Lagi:
Aplikasi Waze bakal dihapuskan?, ratusan kakitangan Waze dibuang kerja
Rakyat Indonesia turun merusuh lepas baca buku komik artis Malaysia, ini isi kandungannya
Lelaki Founder Misi Rakyat dedahkan ‘misi coin’ lebih bernilai daripada emas, ini komen netizen