“Bila ditarik makin banyak”, wanita cemas jumpa ‘rambut’ dalam ekzos kereta

Photo of author

By Joe

“Bila ditarik makin banyak”, wanita cemas jumpa ‘rambut’ dalam ekzos kereta. Seorang wanita telah menjumpai seutas rambut keluar dari ekzos keretanya. Apabila dia cuba menarik rambut tersebut, lebih banyak rambut terus keluar.

Awalnya, pemilik akaun TikTok, Kimberly DeFisher, dihubungi oleh ibu saudaranya yang mendapati seutas rambut terjuntai di ekzos kenderaannya. Mereka juga mengesyaki bahawa rambut tersebut mungkin adalah bahagian daripada seekor haiwan.

Setelah melihat panjang dan jumlah rambut yang keluar itu, wanita tersebut menduga bahawa rambut tersebut mungkin milik seorang manusia. Dua anak lelaki ibu saudaranya turut menyaksikan kejadian ini bersama-sama.

"Bila ditarik makin banyak", wanita cemas jumpa 'rambut' dalam ekzos kereta

Disangka sebagai rambut, ternyata bulu kaca gentian di dalam ‘muffler’ ekzos

Semuanya menjadi jelas apabila salah seorang dari dua anak lelaki itu menyebut tentang ‘muffler’ atau peredam bunyi yang terletak di bahagian belakang ekzos kenderaan.

Pada mulanya, ibu saudaranya mempersoalkan perkataan anak lelakinya. Walaupun begitu, penjelasan ringkas dari anaknya mengenai peredam bunyi itu membuatkan mereka tertawa.

“Mak ingat mak tak tarik keluar peredam bunyi tu ke?

“Kalau hidupkan kereta, bunyinya akan jadi kuat,” kata anaknya sebelum cuba untuk hidupkan kereta.

Kimberly dan ibu saudaranya tersedar akan kesilapan mereka apabila mendengar bunyi ekzos kenderaan yang menjadi lebih kuat dari biasa.

Di hujung video, Kimberly menunjukkan carian mengenai ‘muffler hair’ dan ternyata, kejadian yang sama telah berulang kepada ramai orang lain.

@arcticfoxdaily We got the heebie jeebies, wow. Imagine that 911 call though… 💀 #viral #funny #trending #comedy #driving #horror #foryou #fyp ♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

"Bila ditarik makin banyak", wanita cemas jumpa 'rambut' dalam ekzos kereta

Peredam bunyi ini merupakan bahagian hampir penghujung ekzos sesebuah kenderaan. Bulu kaca gentian atau ‘fibre glass wool’ diletakkan di dalam bahagian ini untuk mengawal bunyi bising yang dihasilkan kenderaan apabila enjin dihidupkan.

Baca Lagi:
Lelaki ini minta bantuan orang ramai, jenazah jiran mualaf OKU masih tiada waris tuntut hampir 2 bulan
“Pemburu emas ceroboh hutan simpan raih pendapatan RM1k sehari”
“Jauh beza dengan wanita Malaysia”- Gadis Rusia mahu cari bakal suami bergaji bawah RM2.5k