Bikin malu! Tiga rakyat Malaysia ditahan di Australia kantoi guna ‘lesen terbang’ dari Malaysia

Bikin malu! Tiga rakyat Malaysia ditahan di Australia kantoi guna 'lesen terbang' dari Malaysia

Bikin malu! Tiga rakyat Malaysia ditahan di Australia kantoi guna ‘lesen terbang’ dari Malaysia. Isu lesen palsu atau lebih dikenali sebagai ‘lesen terbang’ merupakan salah satu kesalahan yang kerap dilakukan oleh rakyat Malaysia. Pada masa sama, didapati lesen itu disalahgunakan sehingga ke luar negara.

Baru-baru ini laman Facebook Traffic and Highway Patrol Command – NSW Police Force berkongsi satu hantaran di mana pihaknya telah menahan tiga rakyat Malaysia dalam tempoh kurang 24 jam kerana didapati menggunakan lesen palsu.

Kira-kira jam 2:30 petang pada hari Sabtu 17 September 2022, pegawai dari peronda Lebuhraya Griffith sedang membuat rondaan di sepanjang Lebuhraya Mid Western berhampiran Rankins Springs.

Bikin malu! Tiga rakyat Malaysia ditahan di Australia kantoi guna 'lesen terbang' dari Malaysia

Kemudian mereka menghentikan sebuah sedan Holden Cruze putih 2009 yang bernombor pendaftaran Victoria dalam perjalanan ke arah Timur diminta berhenti di tepi jalan untuk pemeriksaan.

Pemandu itu seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 42 tahun dari Mildura, menunjukkan lesen memandu Malaysia serta Pasport Malaysia. Polis memeriksa lesen memandu Malaysia dan hasil semakan di Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) didapati dia hanya memegang lesen kelas motosikal, yang tamat tempoh sejak 2005 lagi.

Pemeriksaan lanjut mendedahkan bahawa dia tidak pernah memegang sebarang kelas lesen di mana-mana negeri atau wilayah Australia. Jabatan Imigresen dihubungi dan mendedahkan lelaki itu telah menetap di Australia dengan bridging visa sejak enam tahun lalu.

Bikin malu! Tiga rakyat Malaysia ditahan di Australia kantoi guna 'lesen terbang' dari Malaysia

Kira-kira jam 12:03 tengah hari pada hari Ahad 18 September 2022, pegawai dari peronda Lebuhraya Griffith melakukan pemeriksaan di Burley Griffin Way, Ardlethan selepas mengarahkan Nissan X-Trail 2003 berwarna biru dan Toyota Tarago 2001 berwarna perak, kedua-duanya menggunakan nombor pendaftaran Victoria.

Pemandu Nisan X-Trail merupakan seorang lelaki warga Malaysia berusia 34 tahun dari Junee, menunjukkan kad lesen memandu Malaysia.

“Itu lesen memandu saya. Saya perlukannya untuk kerja.” kata pemandu itu kepada polis dan dia juga menunjukkan kad Foto NSW.

Manakala pemandu Toyota Tarago yang juga seorang lelaki warga Malaysia berusia 22 tahun dari Junee, menunjukkan lesen memandu Malaysia.

“Rakan saya membuat ini (lesen memandu Malaysia) untuk saya, jadi saya boleh memandu di Australia,” jawab lelaki itu kepada polis sambil menunjukkan Pasport Malaysia miliknya juga.

Namun, apabila pihak polis memeriksa lesen kedua-dua pemandu tersebut melalui Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, didapati mereka tidak pernah memiliki sebarang lesen.

Pemeriksaan lanjut mendedahkan bahawa kedua-dua pemandu tidak pernah memegang sebarang kelas lesen di mana-mana negeri atau wilayah Australia. Jabatan Imigresen turut mendedahkan kedua-dua lelaki terbabit telah menetap di Australia menggunakan bridging visa sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, ketiga-tiga pemandu terbabit pernah diberikan notis kehadiran mahkamah untuk menghadiri Mahkamah Tempatan Griffith pada 7 Disember 2022 untuk disabitkan dengan beberapa kesalahan termasuk memiliki dokumen palsu untuk mempengaruhi penjawat awam menjalankan tugas dan memandu tanpa lesen memandu – kesalahan kali pertama.

Polis telah menyerahkan butiran ini kepada Jabatan Imigresen untuk semakan mengenai visa mereka.

Baca Lagi:
Pemuda Amerika datang Malaysia jual nasi lemak laku keras, siap kongsi resipi lagi supaya sambal jadi lemak
‘Duit menantu sendiri suka anggap duit dia juga’ – Muhasabah diri makcik
Member selalu nak pinjam duit?, ini yang perlu anda lakukan – Semoga berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *