Bijak buaya ini, pura-pura lemas nak jerat manusia

Photo of author

By Joe

Bijak buaya ini, pura-pura lemas nak jerat manusia. Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seekor buaya menggunakan helah berpura-pura lemas untuk menjerat manusia ke dalam air, lapor portal berita The Economic Times semalam.

Rakaman tersebut dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @zs_zahxxxra99 menunjukkan seluruh badan reptilia itu ditenggelami air sungai.

Namun, buaya itu mengeluarkan kakinya ke permukaan air, seolah-olah seperti mangsa lemas yang meminta bantuan.

Bijak buaya ini, pura-pura lemas nak jerat manusia

Menurut penduduk tempatan, helah itu sengaja dilakukan agar buaya tersebut mendapat ‘makanan’ dengan cara yang mudah.

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.1 juta tontonan bersama 31,200 tanda suka.

“Selain kena ‘scam’ dalam talian atau telefon, kita boleh kena ‘scam’ dalam air!” kata seorang netizen.

“Bukan manusia memancing ikan, tetapi buaya memancing manusia!” kata netizen lain.

@noticiasdovale1Só acredito vendo, eu vendo sem acreditar. 🤣

♬ som original – NOTICIAS DO VALE

Baca Lagi:
Wanita anak empat sanggup bercerai dengan suami kerana gilakan jutawan UK
Kejadian aneh botol bergerak sendiri naik bukit buat orang ramai pelik
Wanita dedah suaminya baik tapi suka layan video lucah, wanita seksi