“Bidadari Badminton” ramai peminat badminton Indonesia jatuh cinta

abe142db b792 4c6b 81e5 1bf8b6da3d00 e1655517482686

“Bidadari Badminton” ramai peminat badminton Indonesia jatuh cinta.

Bintang badminton regu campuran dari Denmark, Alexandra Boje yang menyertai Terbuka Indonesia menjadi perhatian peminat sukan tersebut di republik itu, lapor laman Wolipop.

Boje yang baru berusia 22 tahun digilai peminat disebabkan rupa paras yang jelita hingga digelar ‘Bidadari Badminton’ oleh pengikut media sosialnya.

"Bidadari Badminton" ramai peminat badminton Indonesia jatuh cinta

Memiliki rambut perang dan bermata biru laut, wajah Boje dikatakan persis anak patung mainan Barbie yang cantik.

Bergandingan dengan Mathias Christensen yang juga kekasihnya di luar gelanggang, gadis itu juga menunjukkan peningkatan dalam prestasi permainan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 terbaik dunia.

Menurut laporan media, Boje dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan pemain badminton regu lelaki Indonesia, Kevin Sanjaya yang digelar The Minions bersama rakan regu, Marcus Gideon.

Mengakui Indonesia sebagai negara kegemarannya, Boje ternyata sudah membuatkan ramai peminat badminton negara itu jatuh cinta kepadanya.

Baca Lagi:

Tular video pemain skuad Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam

Penumpang panik, Pesawat British Airways dilanda ‘banjir’ di udara

Nasib malang! Lelaki Malaysia menang laga ayam ditembak penduduk Thailand

Leave a Reply

Your email address will not be published.