Bibik hairan bayi majikan gelak lain macam, sekali ibu tengok cctv terkejut anak lambai-lambai macam ada ‘seseorang’. Bayi yang baru dilahirkan ke dunia atau kanak-kanak sering dikatakan dapat membuka ‘hijab’ mereka sehingga mampu melihat makhluk halus atau alam ghaib.
Namun, kerana belum pandai berkata-kata, biasanya mereka hanya menunjukkan isyarat, sama ada melalui bahasa tubuh atau hanya menangis apabila menyedari kehadiran entiti sedemikian.
Melalui satu hantaran di laman X, seorang wanita mengungkapkan rasa terkejutnya apabila bayinya dikatakan mampu berkomunikasi dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat mata kasar.
Menurutnya, kejadian itu dimaklumkan kepadanya oleh pembantu rumah yang dalam keadaan ketakutan.
“Baru-baru ini, pembantu rumah datang memberitahu saya, dia mengatakan ketika dia sedang membersihkan tandas, dia melihat anak saya dalam playpen (kandang bayi) sedang duduk dan ketawa seolah-olah ada seseorang bermain dengannya.
“Pembantu rumah saya pergi menyiasat tetapi tiada sesiapa di situ. Saya merasa tidak senang, jadi saya memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Dan betul, anak saya ketawa dan mengayun tangan ke arah seseorang yang tidak diketahui.
“Meremang bulu roma ni, sebab anak aku selalu duduk diam je melainkan ada orang datang dekat dia. Saya terus tunjukkan video tu kepada mak untuk dapatkan nasihat, mungkin ada perkara yang tidak baik,” ujar wanita itu.
Ibu kepada wanita tersebut yang juga turut risau memberikan pesanan untuk tindakan segera.
“Tengok cara anak tu, nampaknya betul ada sesuatu yang bermain dengan dia. Elakkan risiko, pasanglah ayat suci al-Quran,” ujar ibu kepada wanita tersebut.
Melalui ruangan komen balas, pengguna media sosial berkongsi pengalaman serupa serta memberikan tip untuk memasang ayat al-Quran ketika menghadapi situasi yang pelik atau terganggu.
“Saya juga mengalami kejadian serupa ketika kami dalam perjalanan naik kereta. Anak saya duduk di tempat duduk bayi di belakang. Tanpa sebab, dia tiba-tiba ketawa sambil memandang ke luar tingkap. Kami di bahagian hadapan merasa keseraman yang menggigit.”
“Untuk makluman, keberkesanan ayat al-Quran yang dipasang melalui rakaman tidak sama dengan kesan apabila kita membacanya sendiri. Ayat al-Quran ini perlu dihayati dengan jiwa dan rohani agar memiliki impak dalam mencegah gangguan makhluk halus.
“Jika hanya ayat al-Quran dipasang melalui corong radio, ‘mereka’ tidak menghiraukan. Saya mencadangkan agar ibu membaca sendiri kepada anak setiap hari, sambil menyelitkan pengharapan dalam hati kepada Allah untuk mendapat perlindungan.
“Ayat al-Quran bukan sekadar jampi atau ungkapan semata-mata, ia harus diamalkan dengan adab yang sepenuhnya,” kata sebahagian daripada pengguna media sosial.