“Biar saya tengok siapa ada majoriti dahulu” – Yang di-Pertuan Agong

“Biar saya tengok siapa ada majoriti dahulu” – Yang di-Pertuan Agong

“Biar saya tengok siapa ada majoriti dahulu” – Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membuat keputusan mengenai pembentukan kerajaan baharu serta pemilihan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat.

Beginda mengulas, setakat pukul 2.20 petang, baginda masih belum melihat dan meneliti sebarang Surat Akuan Berkanun daripada mana-mana parti politik.

“Biar saya buat keputusan dalam masa terdekat. Sabar saya baru balik daripada urusan bersama kerabat.
“Biar saya tengok siapa ada majoriti dahulu.
“Saya tak boleh beri apa-apa maklum balas setakat ini kerana saya belum lihat apa-apa lagi,” titah baginda.

"Biar saya tengok siapa ada majoriti dahulu" - Yang di-Pertuan Agong

Baginda berkata demikian ketika berkenan bertemu pengamal media di Pinti 2 Istana Negara sebentar tadi.

Baca Lagi:
Kerajaan minoriti: Agong akan lantik PM dari parti majoriti tertinggi?
Warisan sokong gabungan PH-BN bentuk kerajaan Persekutuan
Mesyuarat selesai, pemimpin BN tinggalkan Menara Dato’Onn tanpa sebarang komen
CATEGORIES