Betul ke guna sarang telur boleh matikan rumput liar depan rumah?, ini caranya yang ramai orang tak tahu

Photo of author

By Joe

Betul ke guna sarang telur boleh matikan rumput liar depan rumah?, ini caranya yang ramai orang tak tahu. Rumput dan lalang yang tumbuh melata boleh menyebabkan rumah kelihatan berserabut dan mengganggu pemandangan.

Memotong rumput memerlukan tenaga dan masa, dan ia menjadi lebih menyusahkan apabila rumput tumbuh kembali dengan cepat.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Hassan Khalid, dikongsikan petua untuk mematikan rumput dengan cara yang efisien dan mudah.

Betul ke guna sarang telur boleh matikan rumput liar depan rumah?, ini caranya yang ramai orang tak tahu

“Anda benci rumput dan rumpai tetapi tiada masa untuk memotongnya? Cubalah petua ini, ia tidak memerlukan kos yang tinggi.

“Paling baik, ketika hujan tanah tidak akan terpercik dan menyebabkan dinding menjadi kotor,” ujar Hassan.

Jom kita lihat bagaimana teknik ini berfungsi!

Betul ke guna sarang telur boleh matikan rumput liar depan rumah?, ini caranya yang ramai orang tak tahu

Bahan-bahan:

1) Kotak sarang telur (sediakan mengikut keluasan halaman anda)

Langkah-langkah:

1) Letak kotak telur di atas tanah, susun secara bersebelahan dan pastikan sisinya bertindih.

2) Siramkan air ke atas kotak telur yang sudah disusun sampai basah lencun, biarkan ia menjadi lembut.

3) Kemudian pijak kotak telur tersebut sehingga sebati dan rata di atas tanah, siap!

4) Kini lapisan kotak telur itu akan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke permukaan tanah sekali gus membantutkan pertumbuhan rumput.

Maklum balas netizen

“Bagus petua ni! Kotak telur tu boleh bertahan sehingga setahun, tidak reput, dan selamat tinggal rumput. Selain itu, air hujan mudah meresap kerana sifat kotak telur yang seakan kertas, jadi tidak akan bertakung di depan rumah kita.

“Lebih menarik gunakan cara ini berbanding meletakkan batu kerikil atau sejenisnya. Nampak estetik dengan konsep ala industri,” kata sebahagian warga maya.

Baca Lagi:
Rupanya ada sebab kenapa TikToker wanita ini selalu pakai ‘mask’ ketika bagi bantuan
“Jalan paling banyak bonggol dalam Malaysia, satu rumah ada satu bonggol”
Atlet Malaysia teruja dapat hadiah telefon lipat edisi Olimpik dari Jerman