Betul ke amalan tutup cermin ketika orang meninggal dunia ada dalam Islam?, Ini penjelasan ustaz. Setiap yang hidup di bumi ini pasti akan merasai kematian suatu hari nanti.
Kematian manusia menandakan terputusnya hubungan antara jasad dan roh, serta merupakan titik awal bagi perjalanan menuju ke negeri akhirat yang sangat panjang.
Kehilangan insan yang tersayang tentu membuat kita bersedih. Dalam masyarakat Melayu, amalan menutup cermin ketika seseorang meninggal dunia telah menjadi perkara biasa.
Namun, adakah amalan ini benar dalam Islam? Sebuah video di TikTok telah menjelaskan kebenarannya.
Amalan menutup cermin ketika seseorang meninggal dunia bukanlah amalan yang diajar dalam Islam.
Dalam video tersebut, seorang Ustaz menjelaskan bahawa amalan tersebut tidak disyariatkan dalam agama Islam. Oleh itu, ia tidak digalakkan untuk diamalkan.
Beliau menegaskan bahawa amalan tersebut dilakukan kerana masyarakat Melayu telah lama mengamalkannya sebagai adat.
Ustaz juga menambahkan bahawa jika seseorang menganggap wajib untuk menutup cermin dan menganggapnya sebagai dosa jika tidak dilakukan, itu telah mencapai hukum haram.
@pjsbsg Amalan tutup cermin ni ada ke dalam islam ? #pjsbsg #fyp #fypシ゚viral #funeral ♬ original sound – PJSB
Tak digalakkan pun rupa-rupanya 🙂