Berzina dan sebar gambar bogel, lelaki disebat 100 kali penjara 42 bulan

Berzina dan sebar gambar bogel, lelaki disebat 100 kali penjara 42 bulan

Berzina dan sebar gambar bogel, lelaki disebat 100 kali penjara 42 bulan. Seorang lelaki di Kecamatan Julok, Kabupaten Aceh Timur dijatuhi hukuman 100 kali sebatan dan penjara 42 bulan setelah didapati bersalah melakukan zina dan menyebarkan gambar bogel kekasihnya, lapor portal berita MODUSACEH.CO kelmarin.

Hakim Mahkamah Syariah Idi membuat keputusan itu pada Isnin lalu setelah pemuda berkenaan yang berusia 20 tahun, melakukan perbuatan zina dengan kekasihnya berumur 17 tahun.

Berzina dan sebar gambar bogel, lelaki disebat 100 kali penjara 42 bulan

Maklumat yang diperoleh MODUSACEH.CO mendapati kekasihnya masih bersekolah di Sekolah Menengah Atas (SMA) dan kedua-dua mereka merupakan warga Kecamatan Julok, Aceh Timur.

Perbuatan zina itu dilakukan di tandas surau dan tempat-tempat lain manakala ia turut dirakam oleh tertuduh.

Peguam bela tertuduh, Zaid Al Adawi SH menyatakan pemuda tersebut sedia menerima hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

“Mereka kemudian telah melakukan perdamaian keluarga. Pokoknya, terdakwa menerima keputusan itu,” kata Zaid, kepada MODUSACEH.CO kelmarin.

Baca Lagi:
Pelantikan Nazri Aziz sebagai duta AS sebenarnya diluluskan kerajaan lalu – Anwar
Pengasas 99 Speedmart muncul pemegang saham besar Alliance Bank, ini kisah perjalanan hidup beliau
Penyanyi fail cerai selepas suami kantoi rembat duit rawatan hamil untuk judi online
CATEGORIES