Beruntungnya dapat majikan macam Sheila Rusly, tapi yang pelik, “mana bos mana bibik ni”

Beruntungnya dapat majikan macam Sheila Rusly, tapi yang pelik, “mana bos mana bibik ni”

Beruntungnya dapat majikan macam Sheila Rusly, tapi yang pelik, “mana bos mana bibik ni”. Alangkah seronoknya kalau semua pekerja dalam dunia ini dapat majikan yang baik dan memahami. Kalau masuk bab pekerjaan, semua ini ikut nasib kata orang. Jika nasib baik maka dapatlah majikan yang baik, jika nasib kurang baik maka dapatlah majikan yang kurang mengerti. Tetapi bagaimana sekalipun karakter majikan, pekerja harus tetap melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah.

Siapa sangka, dari raut wajah Sheila Rusly yang katanya garang itu ternyata dia mempunyai hati yang sangat tulus terhadap orang sekeliling. Pelakon, pengacara dan penerbit tanah air ini kini sering dilihat sibuk berada di rumah demi menjaga cucu sulung kesayangannya itu.

Sheila Rusly yang mempunyai kacukan Cina dari belah ibu ini memang terkenal dengan bakat memasaknya. Malah, kini restoran miliknya yang mengutamakan menu-menu masakan cina sangat terkenal dalam kalangan penggemarnya yang bernama The Dimsum Place.

Beruntungnya dapat majikan macam Sheila Rusly, tapi yang pelik, "mana bos mana bibik ni"

Dari dahulu juga, Sheila Rusly sering menjadi pengacara dan hos bagi rancangan memasak. Bukan sahaja setakat menjadi hos, malah dia sendiri harus turun padang untuk memasak. Sekarang juga dia sering berkongsi berbagai video masakan di Instagramnya.

Biasanya kalau ada pembantu di rumah, pasti majikan yang minta pembantu untuk masak dan menyiapkan perkara yang sepatutnya.

Terbalik pula dengan situasi yang dikongsikan oleh Sheila ini kerana dia pula yang masak malah menyediakan sendiri hidangan tersebut untuk dua orang pembantu rumahnya itu.

Bukan sahaja sikap rendah dirinya itu yang menjadi tumpuan netizen, malah menu terbaru yang dikongsi iaitu Maggi Hailam tersebut turut menuai pujian ramai apabila ramai yang mula terliur katanya bila melihat bibik-bibik kepada Sheila Rusly mula makan masakannya itu.

Yang lucunya, netizen pula mula bertanya tentang jawatan kosong sebagai pembantu rumah di rumahnya sehingga komen tersebut mendapat perhatian dari Sheila Rusly sendiri yang turut terhibur.

Ramai juga yang memuji dan mengatakan keberuntungan bibik dapat majikan sebaik Sheila sekeluarga.

Beruntungnya dapat majikan macam Sheila Rusly, tapi yang pelik, "mana bos mana bibik ni"

Untung bibik dapat rasa sendiri masakan tukang masak terkenal Malaysia. Sikap Sheila Rusly yang tidak berkira dan somb0ng ini memang patut dijadikan contoh buat majikan-majikan di luar sana yang mempunyai pembantu di rumah.

Baca Lagi:
Ceroboh Menara Merdeka 118: ‘Jangan bazirkan duit negara untuk mencari kami di Malaysia’
Wanita kesal diejek masa sekolah, sekarang semua yang pernah ejek cari semula
Setiap hari ada hadiah bukan-bukan atas meja, cikgu mula rasa pelik dengan murid F5 ini..
CATEGORIES