Beruang pecah masuk rumah curi biskut Oreo, ‘mesti naik harga lepas ini’. Sebuah beruang telah dirakam memecahkan masuk ke dalam sebuah rumah dan mencuri sebuah pek biskut jenama Oreo, lapor agensi United Press International semalam.
Kejadian itu berlaku di kawasan Canyon Crest Drive di Monrovia, California.
Rakaman menunjukkan aksi beruang itu memasuki rumah melalui tingkap.
Tidak lama kemudian, beruang itu keluar dengan sebungkus biskut Oreo yang dipegang dalam mulutnya.
Jiran pemilik rumah, Vina Khoury, menyatakan bahawa beruang yang dikenali sebagai Oreo oleh penduduk tempatan juga pernah memasuki garajnya.
Lebih mengejutkan lagi, Oreo hanya mencuri kek coklat dari dalam peti sejuk.
“Saya rasa kami tidak boleh biarkan tingkap terbuka kerana beruang ini akan masuk. Hal ini sedikit membimbangkan saya,” kata Khoury kepada stesen penyiaran KABC-TV.