Bersatu Sabah keluar parti, ini respon Muhyiddin

Bersatu Sabah keluar parti, ini respon Muhyiddin

Bersatu Sabah keluar parti, ini respon Muhyiddin. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau kecewa dengan sikap bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti.

Tegasnya, selepas parti meletakkan mereka pada kedudukan yang tinggi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, mereka masih gagal menunjukkan kesetiaan dan bertindak untuk keluar daripada parti.

Begitupun, beliau percaya ahli Bersatu di Sabah yang setia dengan perjuangan parti akan terus kekal berada di dalam Bersatu yang merupakan parti komponen PN di peringkat Persekutuan.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan pada Ahad, Muhyiddin memaklumkan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Sabah.

Bersatu Sabah keluar parti, ini respon Muhyiddin

Ahli Parlimen Beluran itu selepas ini akan bertanggungjawab untuk menyelia dan menguruskan PN dan Bersatu Sabah sehingga penyusunan semula di negeri itu diputuskan kepimpinan tertinggi parti.

“Bersatu Sabah kekal wujud dan berfungsi walaupun mantan Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor, dan pengikutnya mengumumkan keluar parti.
“Badan Pimpinan Negeri, Bahagian-Bahagian dan Cawangan-Cawangan Bersatu di negeri Sabah ditubuhkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan hanya MPT mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan parti untuk menentukan kedudukannya.

Sementara itu, mengulas kedudukan empat Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kedudukan mereka akan ditentukan berdasarkan undang-undang anti lompat parti.

Astro AWANI pada Sabtu melaporkan kepimpinan Bersatu Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa semalam.

Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, semua bekas ahli Bersatu termasuk beliau akan menubuhkan sebuah parti tempatan baharu tetapi buat masa ini akan menjadi ahli GRS.

Baca Lagi:
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
Misteri kanak-kanak bergambar dengan wang berjuta-juta dalam bilik
Janna Nick tayang gambar baring atas katil, berpeluk dengan teman lelaki
CATEGORIES