Berpantang maut sebelum ajal, wanita peluk kitab terjatuh dari tingkat 19

Berpantang maut sebelum ajal, wanita peluk kitab terjatuh dari tingkat 19

Berpantang maut sebelum ajal, wanita peluk kitab terjatuh dari tingkat 19.

Berpantang maut sebelum ajal, begitu keadaan seorang wanita berusia 33 tahun apabila hanya mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah pangsapuri dekat Sungai Ara, di sini, hari ini.

Mangsa yang juga penghuni kediaman terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Berpantang maut sebelum ajal, wanita peluk kitab terjatuh dari tingkat 19

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Mohd Awis Kharni Abd Rahman, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengahari.

Katanya, anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Ketika tiba di lokasi, mangsa dilihat terbaring di lantai dan mengalami kecederaan.

“Anggota bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi rawatan awal, sebelum mangsa dibawa ke HPP bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan dalam kejadian itu, mangsa yang memegang kitab ditemukan terbaring oleh orang awam di bahagian parkir bertingkat pangsapuri berkenaan.

Baca Lagi:

Video lelaki mengamuk tak pakai baju pukul budak-budak tahfiz dalam surau mula tular

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

[Video] Aksi Emma Maembong menari dengan Shah Jaszle, netizen perasan sesuatu yang tak kena

Leave a Reply

Your email address will not be published.