Bermula 11 Februari semua SOP cek suhu dan buku check in dimansuhkan

Bermula 11 Februari semua SOP cek suhu dan buku check in dimansuhkan

Bermula 11 Februari semua SOP cek suhu dan buku check in dimansuhkan. Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pemeriksaan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ atau daftar masuk akan dimansuhkan bermula 11 Februari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dengan pemansuhan ini, pihak pemilik premis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu-pintu masuk premis.

Bagaimanapun katanya, daftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.

Bermula 11 Februari semua SOP cek suhu dan buku check in dimansuhkan

“Walaubagaimanapun, sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod ‘check in’ ini, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kuartet Menteri di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Baca Juga : Sesat 16 jam tak henti zikir, imam ditemui selamat

Rahsia kenapa Ustaz Haron Din berwasiat untuk dikembumikan di Amerika

Cara nak ‘Left’ group WhatsApp tanpa diketahui ahli lain

Jalan raya bertiang tertinggi di Malaysia banjir

CATEGORIES
TAGS