Bermula 1 Mei, pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib di luar bangunan

61651050220 KJLonggarSOP

Bermula 1 Mei, pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib di luar bangunan

Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka tidak wajib di luar bangunan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan keputusan ini diambil kira selepas melihat risiko jangkitan yang rendah dalam keadaan di mana ventilasinya adalah baik.

Bermula 1 Mei, pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib di luar bangunan

“Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutamanya apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazar Ramadan, pasar malam dan stadium.

“Selain itu, individu yang demam, batuk dan selsema serta berisiko tinggi masih digalakkan memakai pelitup muka,” katanya dalam sidang akhbar sebentar tadi.

Baca lagi: 

Rasa geli dikepala seorang lelaki ketika tunggang motosikal akhirnya terjawab..

Sekelip mata jadi jutawan selepas menemui batu permata paling berat di dunia bernilai RM13.8 Juta

Penghantar makanan raba payudara di “trafik light” didenda RM4,000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *