Berlari sejauh 10km mampu hilangkan Covid-19?

Berlari sejauh 10km mampu hilangkan Covid-19?

Berlari sejauh 10km mampu hilangkan Covid-19?. Aktiviti larian sejauh 10 kilometer (km) di tempat terbuka bagi individu positif Covid-19 adalah sama sekali tidak digalakkan.

Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah berkata, sebaliknya, individu yang positif perlu mengasingkan diri dan kurantin serta mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti di kawasan yang terbuka.

“Dakwaan segelintir individu bahawa larian sejauh 10km mampu untuk hilangkan Covid-19 adalah mengarut.

Berlari sejauh 10km mampu hilangkan Covid-19?

“Bagi mereka yang positif Covid-19, seeloknya rehat, kekal hidrasi & makan makanan sihat. Bukan pergi berlari jarak jauh kerana mempunyai risiko serangan jantung,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter hari ini.

Jelasnya lagi, masyarakat juga digalakkan untuk membuat ujian berkala ketika ini bagi mengekang penularan Covid-19.

“Ujian pantas RTK-Ag adalah ujian saringan. Tidak semestinya test RT-PCR anda kekal negatif.

Lebih bagus buat ujian berkala tapi negatif tidak bermaksud anda tiada ya,” ujarnya.

Terdahulu, sebanyak 26,250 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan 177 kes daripadanya adalah kategori tiga, empat dan lima, menjadikan keseluruhan sebanyak 3,801,036 kes.

Baca lagi: 

Saintis kelahiran Malaysia maut dalam kemalangan ketika berbasikal di Oxford

Kena pedajal dengan member, wanita ini hairan orang ramai hon banyak kali

Sedih umat islam Malaysia sibuk pasal siapa bunuh Tangmo, akhirnya Ust Kazim bersuara ramai terdiam

CATEGORIES