Berkhidmat selama 7 dekad, Pramugari paling tua di dunia meninggal dunia pada umur 88 tahun. Pramugari tertua, Bette Nash, telah menghembuskan nafas terakhir pada umur 88 tahun. Dikatakan Bette masih aktif sebagai pramugari pada saat-saat terakhirnya.
Pramugari senior ini telah memulai kariernya sejak 1957 ketika dia berusia 21 tahun. Bette mempunyai banyak pengalaman selama hampir tujuh tahun, salah satunya adalah apabila dia melayani keluarga John F. Kennedy.
Dikhabarkan dia meninggal saat menjalani rawatan kanser payudara di hospital minggu lalu.
Syarikat tempatnya bekerja selam 67 tahun, American Airlines, telah memberi penghormatan terakhir dan menulis ucapan duka di aplikasi Twitter.
‘Kami berduka cita atas pemergian Bette Nash yang telah menhabiskan hampir 7 dekad dalam melayani pelanggan kami di udara dengan penuh kehangatan.. Bette adalah inspirasi bagi semua generasi pramugari. Terbanglah tinggi, Bette.’
Selain itu, Persatuan Pramugari Profesional Amerika Syarikat juga telah menuliskan penghormatan terakhir di Facebook.
‘Karier Bette selama lebih dari 6 dekad adalah sangat luar biasa dimana telah menyentuh banyak kehidupan dengan kemesraan, dedikasi dan perkhidmatannya yang tidak tertandingi. Semangatnya untuk terbang dan komitmennya kepada penumpang adalah suatu inspirasi. Legasi Bette akan sentiasa dikenang di dalam komuniti penerbangan dan semua orang yang mengenalinya.’
Sebagai seorang pramugari paling senior, Bette dapat memilih laluan penerbangan yang dia gemari. Salah satu laluan penerbangan kegemarannya ialah Washington DC – Boston. Ini kerana dia dapat pulang kerumahnya di Virginia untuk merawat anak lelakinya yang OKU.
Pada tahun 2022, namanya telah direkodkan di dalam Guiness World Record sebagai pramugari dengan masa kerja terlama. Pada hari perkhidmatannya yang ke 60, tahun 2017, Bette telah disajikan dengan sajian udang galah dan daging ukiran Kennedy oleh krew penerbangan.
“Pekerjaan saya sangat bermakna dan meyeronokkan untuk saya,” kata Bette.
Dipetik dari Daily Mall, Bette dikhabarkan tidak berniat untuk bersara. Dia masih cukup kuat untuk melakukan pekerjaannya seperti membawa penumpang yang sakit atau tercedera dari tempat duduk untuk melakukan bantuan pernafasan CPR.
Namun begitu, permulaan kariernya bukanlah mudah. Katanya, seorang pramugari hendaklah memiliki ketinggian dan berat badan tertentu untuk mengelakkannya daripada dikeluarkan. Selain, ketinggian dan berat badan, status perkahwinannya adalah penting. Ini kerana salah satu syarat dalam pekerjaannya adalah berstatus bujang. Syarikat penerbangan kerap memeriksa rumahnya bagi memastikan dia tidak tinggal bersama lelaki asing.
Karier Bette bermula ketika tiket penerbangan berharga 12 USD (RM 56) dan teknologi masih belum maju. Ketika itu, jadual penerbangan masih ditulis menggunakan tangan di papan tulis setiap pagi dan petang.
Agensi : Detik