Berita baik! Harga minyak sawit boleh cecah semula RM4,000 satu tan

Berita baik! Harga minyak sawit boleh cecah semula RM4,000 satu tan

Berita baik! Harga minyak sawit boleh cecah semula RM4,000 satu tan. Hong Leong Investment Bank (HLIB) berpandangan bahawa minyak sawit akan mengalami permintaan jangka pendek yang lebih kukuh disebabkan kesan El Nino dan perayaan Deepavali, yang menyokong harga minyak sawit mentah (MSM).

Firma penyelidikan itu menyifatkan ketibaan El Nino yang dijangkakan dan permintaan jangka pendek yang berpotensi lebih kukuh, berlaku disebabkan India menambah semula stok menjelang perayaan Deepavali pada pertengahan November, berkemungkinan memberi sokongan kepada harga MSM pada RM4,000 satu tan tahun ini.

Menuju tahun 2024, firma itu telah mengekalkan unjuran harga MSM pada RM3,800 satu tan berdasarkan andaian keadaan cuaca akan ‘berubah menjadi sederhana dan hilang menjelang akhir 2023’.

Berita baik! Harga minyak sawit boleh cecah semula RM4,000 satu tan

Berkongsi data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia MPOB), ia berkata stok komoditi itu kekal pada aliran menaik, meningkat sebanyak 22.5 peratus bulan ke bulan kepada 2.13 juta tan pada Ogos, dirangsang oleh pengeluaran dan import yang lebih tinggi serta eksport yang lebih rendah.

“Pada September 2023, stok simpanan berkemungkinan tidak berubah, kerana corak penuaian yang lebih tinggi secara bermusim mungkin akan diimbangi oleh permintaan jangka pendek yang berpotensi lebih kukuh untuk minyak sawit,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Bagaimanapun, HLIB telah mengekalkan pendirian ‘neutral’ terhadap sektor tersebut, memandangkan ketiadaan pemangkin dalam permintaan.

Pilihan utama firma itu ialah IOI Corp dengan harga sasaran RM4.66.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd berkata terdapat keperluan mendesak untuk semakan semula secara menyeluruh terhadap ambang harga levi keuntungan ‘durian runtuh’, kadar levi dan penanaman semula kelapa sawit.

Ia berkata, pada masa ini levi sedia ada dikenakan pada kadar 3.0 peratus ke atas harga minyak sawit melebihi RM3,000 satu tan di Semenanjung dan pada kadar 3.0 peratus ke atas harga minyak sawit melebihi RM3,500 satu tan di Malaysia Timur.

Pada masa ini terdapat lebih 664,000 hektar pokok kelapa sawit di negara ini yang berusia lebih 25 tahun, yang tertangguh untuk aktiviti penanaman semula, katanya.

“Ini membentuk 11.7 peratus daripada jumlah kawasan tanaman kelapa sawit. Menjelang 2027, sebanyak 35 peratus daripada jumlah kawasan tanaman kelapa sawit itu boleh diklasifikasikan sebagai pokok tua,” katanya.

Bank pelaburan itu juga turut mengekalkan pendirian ‘neutral’ ke atas sektor perladangan dengan unjuran harga MSM setahun penuh pada RM3,800 satu tan.

Baca Lagi:
Motosikal abang Foodpanda kena sita?, video jalan kaki tepi jalan buat ramai sebak
Wanita menyesal bercerai dengan suami kerana abang polis, selepas ‘ditiduri’ bersama baru tahu rupanya abang polis palsu
Tak sangka dalam Malaysia ada 55 buah nama sekolah paling pelik dan unik
CATEGORIES