Bergelar nenek paling muda di dunia, wanita umur 36 tahun dah ada cucu

Photo of author

By Joe

Bergelar nenek paling muda di dunia, wanita umur 36 tahun dah ada cucu. Seorang wanita dari wilayah Guangdong, China telah menarik perhatian pengguna media sosial kerana menjadi nenek pada usia 36 tahun, lapor laman berita South China Morning Post.

Wanita yang dikenali sebagai Liu itu, menerusi perkongsian di platform Douyin, berkata bahawa anak lelakinya yang berusia 18 tahun baru sahaja menimang cahaya mata pertama.

Pada 22 Ogos lalu, Liu memuat naik video menunjukkan dia mendukung cucunya yang baru dilahirkan.

Bergelar nenek paling muda di dunia, wanita umur 36 tahun dah ada cucu

“Saya sangat gembira dan berbangga kerana mendapat cucu yang comel,” katanya.

Liu juga berkata bahawa suaminya berasa teruja kerana menjadi datuk pada usia 38 tahun.
Menurut Liu, keluarganya memang mempunyai tradisi berkahwin awal dan mendapat anak pada usia muda.
Malah, ibunya yang berusia 58 tahun sudah mempunyai cicit.

Namun, anak dan menantu Liu yang berusia 20 tahun masih belum mendaftar perkahwinan mereka secara sah, kerana menurut undang-undang China, umur rasmi untuk berkahwin adalah 22 tahun bagi lelaki dan 20 tahun bagi wanita.

Hantaran Liu menjadi tular di media sosial dan menerima pelbagai komen daripada netizen, dengan ada yang menyokong serta menentang amalan tersebut.

“Pada usia 36 tahun, saya dibebani dengan kerja, namun Liu memasuki fasa baharu hidupnya. Dia sangat bertuah kerana menjadi pemenang sebenar dalam kehidupan,” kata seorang netizen.

“Pada usia 18 tahun, anak lelakinya sepatutnya belajar di universiti dan bukan menjadi bapa. Tahap pendidikan keluarga ini perlu diperbaiki,” kata pengguna media sosial lain.

Baca Lagi:
Anak berjaya dapat RM11,000 dalam masa 10 hari berniaga, ibu pula anggap didikkannya salah
Bau busuk dalam pejabat disangka paip bocor, rupanya mayat staf membusuk selama 4 hari di meja kerja
Media Filipina lapor lebih 200 buah kapal dari China mulai memenuhi perairan berhampiran Malaysia