Berebut dadah, adik kembar maut ditikam abang

Berebut dadah, adik kembar maut ditikam abang

Berebut dadah, adik kembar maut ditikam abang. Pergaduhan yang tercetus antara pasangan kembar akibat tidak mahu berkongsi dadah jenis syabu berakhir dengan kematian adik lelaki di sebuah rumah di Kampung Seri Cheeding, Kuala Langat, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, dalam pertengkaran yang tercetus petang semalam, lelaki yang berusia 36 tahun itu telah mengambil sebilah pisau lalu menikam adik kembarnya.

“Daripada siasatan polis mendapati pada jam lebih kurang 4.30 petang 11.3.2022 semasa berada di rumah di Jalan Sri Cheeding, Kg. Seri Cheeding tangkapan dan simati telah bergaduh dengan adik kembarnya disebabkan adiknya tidak mahu berkongsi dadah.

Berebut dadah, adik kembar maut ditikam abang

“Beliau telah bertengkar dengan adik kembarnya dan kemudiannya mengambil sebilah pisau lalu menikam adik kembarnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak polis yang menyiasat di lokasi kejadian telah menjumpai senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian bunuh itu.

Menurut Ahmad Ridhwan, mangsa telah menghubungi majikannya meminta bantuan untuk menghantar ke hospital kerana telah ditikam oleh abangnya.

Tambah beliau, majikan mangsa kemudian telah pergi ke rumah mangsa dan mendapati lelaki itu sedang terbaring di tepi jalan berhampiran dengan rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mempunyai kesan darah pada baju.

“Ketika itu si mati masih dalam keadaan bernyawa. Si mati kemudiannya telah dihantar ke Hospital Banting oleh majikannya dan dapati si mati telah meninggal dunia,” ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Ridhwan berkata, pihaknya menerima panggilan dari Hospital Banting berhubung perkara itu pada jam 9.30 malam semalam.

Tambah beliau, Hospital Banting telah menerima seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa oleh majikan mangsa pada jam 6.58 petang dan pemeriksaan pihak hospital mendapati lelaki tersebut meninggal dunia semasa di dalam perjalanan ke hospital itu.

“Si mati mengalami kecederaan luka sepanjang pada bahagian dada si mati disyaki akibat senjata tajam,” ujarnya sambil menambah mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Banting bagi urusan bedah siasat.

Ahmad Ridhwan berkata, majikan mangsa yang membawa abang kandung mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di tahan polis pada jam 10.45 malam semalam.

Kata beliau, suspek dipercayai telah menagih dadah selama 10 tahun.

Jelas beliau, siasatan mendapati mangsa mempunyai satu kes jenayah dan 10 kes dadah manakala suspek mempunyai 12 kes dadah dan positif ujian dadah jenis ganja dan syabu.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca lagi:

Kilang arak paling tua di dunia ditemui di Mesir

Gara-gara mulut terlampau laser, jiran bina tembok sepanjang 10 meter

Ramai yang tidak tahu ubat penawar paling mujarab bagi demam, batuk dan selsema adalah ‘GARAM’

 

CATEGORIES