Berdiri satu pentas dengan aktres terkenal Korea, netizen ‘cair’ lihat kecantikan Siti Saleha. Pelakon jelita, Siti Saleha, meraih perhatian warganet apabila berada di atas satu pentas bersama aktres dari Korea Selatan, Kim Hye Yoon.
Netizen Puji
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, dapat dilihat kedua-dua pelakon anggun ini berada di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang berlangsung pada Rabu.
Kim Hye Yoon dan Siti Saleha merupakan penerima anugerah dalam majlis tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Siti Saleha di samping memuji paras rupa aktres tersebut yang tampak berseri dengan busananya yang berona kuning cair.
Untuk makluman, Siti Saleha telah mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik – Malaysia menerusi drama bersiri SeOfis.
Dalam kemenangan tersebut, Siti Saleha berjaya mengenepikan pesaing dari negara Asia lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, serta negara tuan rumah, Korea Selatan.
Pelakon wanita Malaysia, Siti Saleha naik ke pentas untuk menerima anugerah ‘Outstanding Asian Star – Malaysia’ bagi lakonannya dalam drama Tonton Original Series berjudul ‘SeOfis’ di Seoul International Drama Awards (SDA) 2024.
Syabas dan tahniah! 👏pic.twitter.com/gVeAhdtKHR https://t.co/Gi21X0MNLZ
— Fiq Murdock ✪ (@afiqjiwa_14) September 25, 2024