
‘Bercinta tapi tiada duit’, pelajar kolej curi kambing orang kampung semata-mata nak beli hadiah kepada kekasih
‘Bercinta tapi tiada duit’, pelajar kolej curi kambing orang kampung semata-mata nak beli hadiah kepada kekasih. Demi mendapatkan wang untuk membeli hadiah kepada teman wanita sempena Hari Kekasih, seorang pelajar kolej di New Delhi, India, sanggup mencuri seekor kambing.
Mencuri bersama dengan kawan
Pelajar lelaki yang berusia 20 tahun itu ditahan pihak polis Kandachipuram selepas didapati mencuri seekor kampung milik salah seorang penduduk di Kampung Malayarasa Kuppam, daerah Villupuram.
Bukan itu sahaja, pelajar tersebut juga dipercayai melakukan perbuatan jenayah itu bersama rakannya.
Hasil soal siasat bersama pihak polis mendapati, mereka sepakat untuk mencuri haiwan ternakan penduduk kampung itu kerana ingin memberikan hadiah yang romantis kepada kekasih namun tidak mempunyai wang untuk membelinya.
Susulan kejadian itu juga, pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut untuk memastikan sama ada ianya mempunyai kaitan dengan kes kecurian kambing lain di kampung tersebut.