Bercinta secara online…wanita dibunuh mayat dicincang dan organ dicuri teman lelaki

Bercinta secara online…wanita dibunuh mayat dicincang dan organ dicuri teman lelaki

Bercinta secara online…wanita dibunuh mayat dicincang dan organ dicuri teman lelaki. Perjalanan romantik seorang wanita Mexico berusia 51 tahun ke Peru untuk bertemu kekasih baharu bertukar tragedi apabila dia dibunuh lelaki berkenaan.

Menurut The Independent, wanita dikenali sebagai Blanca Olivia Arellano Gutierrez itu mengembara menaiki sebuah pesawat untuk bertemu teman lelakinya, Juan Pablo Jesus Villafuerte yang dikenalinya secara dalam talian selama beberapa bulan.

Sejurus tiba, dia dikatakan dibunuh lelaki itu sebelum organnya dicuri dan dijual di pasaran gelap.

Kehilangan wanita itu menjadi tanda tanya sehingga anak saudaranya menyuarakan kebimbangan menerusi Twitter.

Bercinta secara online...wanita dibunuh mayat dicincang dan organ dicuri teman lelaki

Dikenali sebagai Karla, anak saudaranya menyeru bantuan orang ramai untuk menjejaki kehilangan mangsa yang sepi tanpa khabar sejak 7 November lalu.

“Saya tidak sangka saya akan berada dalam situasi ini, dan hari ini saya meminta sokongan dan penyebaran untuk mencari salah seorang yang paling disayangi dan penting dalam hidup saya.
“Ibu saudara saya, Blanca Olivia Arellano Gutierrez, hilang pada 7 November di Peru. Dia berasal dari Mexico, dan kami bimbang akan keselamatannya,” tulis Karla di Twitter.

Ketika polis menggeledah rumah yang disyaki didiami pembunuh itu, mereka mendapati terdapat kesan darah memercik di sekitar lokasi itu.

Pada 9 November, nelayan tempatan melihat tubuh manusia yang dipotong terapung di lautan, berdekatan pantai Huacho sebelum disahkan sebagai mayat wanita itu.

Baca Lagi:
Abby Abadi bahan Syuk Sahar depan-depan, terus berubah air muka
Wanita ini bernazar ingin kahwin kalau Anwar Ibrahim jadi PM10, akhirnya terpaksa minta tolong orang ramai cari jodoh segera
Padah bermain cinta dengan isteri orang, warga emas maut ditikam dengan suami wanita
CATEGORIES