Berbelanja guna kad kredit boleh menang hadiah RM125,000

Berbelanja guna kad kredit boleh menang hadiah RM125,000

Berbelanja guna kad kredit boleh menang hadiah RM125,000. Bank Rakyat menawarkan hadiah menarik bernilai lebih RM125,000 secara keseluruhan menerusi Kempen Ratu Muslimah khusus buat 30 pelanggan bertuah yang berbelanja menggunakan Kad Kredit-i Muslimah Bank Rakyat bermula 8 Mac sehingga 31 Mei 2022 bersempena Hari Wanita Sedunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, pelanggan boleh menyertai kempen ini dengan hanya melakukan sebarang jenis transaksi pembayaran runcit menggunakan Kad Kredit-i Muslimah Bank Rakyat dan mereka berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan menerusi dua kategori iaitu Kempen Amaun dan Kempen Transaksi.

Berbelanja guna kad kredit boleh menang hadiah RM125,000

“Bagi Kempen Amaun, 15 pelanggan bertuah yang melakukan minimum RM3,000 transaksi pembayaran runcit sepanjang tempoh kempen akan berpeluang memenangi hadiah berupa peralatan memasak pintar, Thermomix.

“Kempen Transaksi pula menawarkan hadiah berupa pengering rambut jenama Dyson kepada 15 lagi pelanggan bertuah yang melakukan minimum 30 transaksi pembayaran runcit sepanjang tempoh kempen.

“Lagi banyak penyertaan yang dilakukan, lebih besar peluang anda untuk menang, bagaimanapun, transaksi pembayaran runcit yang dilakukan mestilah bagi pembelian barangan patuh Syariah sahaja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Syed Abdul Aziz menjelaskan, kempen tersebut bertujuan untuk menghargai dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang merupakan penggerak utama pembangunan negara dan pembangunan institusi ‘Keluarga Malaysia’.

Tambah beliau, wanita yang berminat boleh memohon Kad Kredit-i Muslimah Bank Rakyat dengan berkunjung ke cawangan Bank Rakyat yang berdekatan atau membuat permohonan secara dalam talian.

Di samping itu, Bank Rakyat juga menawarkan pulangan tunai lima peratus menerusi kempen Petrol Khamis! (Fuel Thursday!) bagi pelanggan yang berbelanja menggunakan Kad-Kredit-i Bank Rakyat untuk setiap transaksi pembelian petrol dan barangan lain di mana-mana stesen minyak di seluruh negara.

Tawaran ini boleh dinikmati setiap hari Khamis bermula pada 13 Januari sehingga 5 Mei 2022.

Baca Lagi:

Kilang arak paling tua di dunia ditemui di Mesir

WhatsApp akan susahkan pengguna yang suka ‘forward’ mesej

Pak Belang kejar ‘rider’ sejauh lima kilometer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *