Berbalah mengenai politik, lelaki kena tikam dengan rakan

Berbalah mengenai politik, lelaki kena tikam dengan rakan

Berbalah mengenai politik, lelaki kena tikam dengan rakan. Seorang lelaki ditikam rakan-rakannya selepas mereka bertengkar mengenai politik Thailand termasuk isu tempoh perkhidmatan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-Cha, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pesalah itu marah kerana mangsa tidak menyokong Prayut.

Pegawai dari Balai Polis Marb Ta Phut dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 3.30 petang (waktu tempatan) Rabu lalu. Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di Soi Prapa 2, mukim Marb Ta Phut dalam wilayah Rayong.

Mangsa iaitu Kritsada Manowong, 52 ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bilik depan rumahnya. Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian memberikan pertolongan cemas sebelum menghantarnya ke hospital berdekatan.

Berbalah mengenai politik, lelaki kena tikam dengan rakan

Mangsa mengalami lima kesan tikaman di badan, dua luka di lengan dan satu luka di kepala.

Seorang jiran yang menyaksikan kejadian memaklumkan kepada polis bahawa Kritsada dan seorang rakannya sedang minum arak di hadapan rumah kedainya.

Berbalah mengenai politik, lelaki kena tikam dengan rakan

“Mereka mula bercakap tentang politik Thailand. Lelaki itu menyokong Prayut, tetapi Kritsada menentang pendapat rakannya.
“Kritsada meminta rakannya pulang ke rumah, yang membuatkan dia marah. Mereka kemudian bergaduh sesama sendiri, tetapi Kritsada terlalu kuat lalu rakannya meninggalkan tempat kejadian.
“Lelaki itu kembali bersama tiga rakan lain dan mereka membawa pisau. Mereka memanggilnya keluar dan menyerang Kritsada sehingga dia jatuh ke lantai,” kata jiran mangsa.

Polis memalumkan bahawa Kritsada kehilangan banyak darah dan dia masih dirawat. Pihak polis akan menyoalnya apabila dia pulih.

Sementara itu, polis sedang memburu empat pesalah terbabit.

Baca Lagi:
Calon Perikatan Nasional DUN Tioman meninggal dunia
SCRUT Tan Sri Muhyiddin Yassin buat ramai rakyat terkejut
Satu malapetaka besar akan berlaku selepas keputusan PRU15 diisytiharkan – Tun Mahathir
CATEGORIES