Berat daging ‘frozen’ hilang 400 gram selepas dipotong, netizen beri penjelasan bagaimana berat boleh berkurang

Berat daging ‘frozen’ hilang 400 gram selepas dipotong, netizen beri penjelasan bagaimana berat boleh berkurang

Berat daging ‘frozen’ hilang 400 gram selepas dipotong, netizen beri penjelasan bagaimana berat boleh berkurang. Sebagai pelanggan, kita tidak mahu berasa rugi lebih-lebih lagi apabila membeli barangan yang perlu menggunakan sukatan timbangan.

Bagaimanapun baru-baru ini seorang pelanggan di sebuah kedai pemborong berasa terkejut apabila mendapati berat daging sejuk beku yang dibelinya berkurangan sehingga 400 gram selepas daging yang dia pilih dipotong dan ditimbang semula.

Berat daging 'frozen' hilang 400 gram selepas dipotong, netizen beri penjelasan bagaimana berat boleh berkurang

Bagaimanapun, persoalan pelanggan menerusi satu video TikTok itu dijawab oleh para peniaga lain yang sudah biasa membeli daging sejuk beku dalam skala yang lebih besar.

@shafique_sharif Please explain this @sriternakfoodmart @strosyammarttiktok @iamrosyam Please make sure u guys. i lost almost 400 grams lepas slice. Tak logic la weh. Kalau diaorang ni buat dekat 20-30 orang customers mcm mana?? #gotscammed ♬ original sound – Shafique Sharif

Menurut para peniaga lain, berat daging sebelum dan selepas dipotong berbeza disebabkan bahagian daging yang dipotong menggunakan mesin menjadi ‘habuk halus’.

Sebagai contoh mudah, netizen memberikan gambaran seperti mana pokok ditebang menggunakan mesin pemotong pokok (chainsaw). ‘Habuk halus’ daging itu diumpamakan ‘habuk pokok’ yang terjadi selepas pokok ditebang.

Berat daging 'frozen' hilang 400 gram selepas dipotong, netizen beri penjelasan bagaimana berat boleh berkurang

Berat daging 'frozen' hilang 400 gram selepas dipotong, netizen beri penjelasan bagaimana berat boleh berkurang

Oleh sebab itulah berat berkurangan bergantung pada saiz daging tersebut. Semakin besar saiz daging dipotong, semakin banyak ‘habuk halus’, semakin banyaklah jumlah berat yang akan ‘hilang’.

Tambah peniaga-peniaga lagi, jika tidak mahu berat daging berkurangan sebelum pembeli keluar dari kedai, maka tidak perlulah meminta pekerja kedai memotong daging tersebut dan pelanggan bolehlah memotong sendiri daging frozen itu di rumah.

Baca Lagi:
‘Jatuh talak 3 jika keluar’, suami sendiri heret isteri keluar dari rumah
Suami isteri ditemukan mati bersama 150 ekor kucing dalam rumah
Suami sanggup beli buah busuk untuk anak-anak, kalau dengan mak dan adik-beradik dia siap beli yang mahal
CATEGORIES