Berang wajah dirakam, ‘Inspektor Fahmi’ tendang jurugambar

Berang wajah dirakam, ‘Inspektor Fahmi’ tendang jurugambar

Berang wajah dirakam, ‘Inspektor Fahmi’ tendang jurugambar. Seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menipu dengan menyamar sebagai ‘Inspektor Fahmi’ dikatakan bertindak agresif dengan cuba menendang seorang jurugambar yang merakam gambarnya.

Tertuduh, V. Premantharan Pillai, 44, bertindak sedemikian selepas diiring keluar dari kamar mahkamah berkenaan selepas selesai pendakwaan di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, jurugambar akhbar tempatan itu dikatakan pantas mengelak dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam kes tersebut, tertuduh mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab. Karim dan Majistret Manomani.

Berang wajah dirakam, ‘Inspektor Fahmi’ tendang jurugambar

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan didakwa berpura-pura memegang jawatan sebagai pegawai polis kepada seorang wanita berusia 53 tahun dan meminta mangsa menyerahkan RM100,000 untuk membebaskan suaminya dari penjara yang disabit atas kesalahan dadah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dari 23 hingga 25 Februari 2021 di Gerbang Sungai Ara, Bayan Lepas dan di dua buah buah bank di Balik Pulau serta Relau antara pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Hakim Mohammad Khalid bagaimanapun memerintah tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga perbicaraan selesai.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh sekali lagi didakwa menyamar sebagai Inspektor Fahmi dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dengan menipu seorang wanita berusia 33 di sebuah bank di Jalan Penang kira-kira pukul 9.55 malam pada 13 Februari 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dengan membawa hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya turut memerintahkan tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan tiada syarat tambahan dikenakan.

Pendakwaan bagi kes tersebut masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahrezal Mohd. Shukri dan Nurnajihatul Idayu Mohd. Azuyar manakala tertuduh diwakili peguam, RSN Rayer.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Januari depan sebagai sebutan semula kes yang dihadapi tertuduh.

Baca Lagi:
Ibu 3 anak curi seluar dalam lelaki dipenjara 10 bulan
Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta
[Video] Ayah bertarung nyawa selamatkan anak dibaham buaya di Lahad Datu
CATEGORIES