Berang suami tak bagi kerjasama jalin hubungan intim, wanita amuk guna pedang samurai

b25c89f0 9e1c 460d 91cd a242310dedc3

Berang suami tak bagi kerjasama jalin hubungan intim, wanita amuk guna pedang samurai.

Seorang wanita Thailand yang bersenjatakan sebilah pedang samurai dilaporkan menyerang sepasang suami isteri di rumah mereka kerana enggan melakukan hubungan intim dengannya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pasangan itu memaklumkan bahawa mereka berkali-kali diugut sehingga terpaksa melarikan diri dari Bangkok tetapi wanita itu masih mengekori mereka.

Netizen Thailand berkongsikan sebuah klip video memaparkan seorang wanita berpakaian berwarna biru cuba menikam seorang lelaki di hadapan rumahnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Air, 38, itu memberitahu media Thiland bahawa dia dan wanita dikenali sebagai Aum, 40, itu telah berkawan selama setahun.

Mereka mengenali antara satu sama lain ketika masing-masing sudah mempunyai pasangan. Bagaimanapun, Air berkata bahawa dia sering diminta oleh Aum untuk melakukan hubungan intim dengannya, namun ditolak.

Akibat tidak dapat menahan sikap aneh wanita tersebut, Air memutuskan untuk melarikan diri dari Bangkok ke wilayah Phetchabun. Lelaki itu menambah bahawa Aum pernah pergi ke rumah isterinya di Nonthaburi dan mengugut anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun.

Video yang dimuat naik di media sosial dirakam oleh isteri Air dan dia mengesyaki bahawa Aum mempunyai gejala penyakit psikotik.

Mereka masih belum melaporkan kejadian itu kepada polis kerana baru sahaja berpindah.

Baca Lagi:

Kerana assignment terlalu banyak, pelajar UiTM maut dua urat kepala putus..Jadikan pengajaran

Ini jumlah minima income setiap individu yang wajib bayar cukai, jangan sampai LHDN datang ketuk pintu rumah!

Kerajaan laksana satu projek kenderaan berusia lebih 20 tahun akan dilupuskan

Leave a Reply

Your email address will not be published.