Berang staf tak ambil ‘order’, pelanggan mengamuk gertak staf dengan pisau

WhatsApp Image 2022 06 01 at 5.33.42 PM 1 e1654127658375

Gara-gara panggilannya tidak dilayan oleh pekerja di sebuah kedai makan, seorang lelaki mengamuk serta membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman pelanggan lain.

Rakaman berdurasi 45 saat itu memaparkan detik pertelingkahan yang berlaku dan lebih menggemparkan apabila lelaki berkenaan dengan beraninya mengacu pisau kepada pekerja tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai kopi di Kedah.

Kejadian berlaku disebabkan pelanggan terbabit berang apabila perlu menunggu lama dan tidak ada pekerja yang mengambil pesanannya di meja.

Bagaimanapun, situasi tegang itu dtenangkan dengan bantuan seorang lelaki lain yang turut berada di tempat kejadian.

Susulan tular video tersebut di media sosial, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai.

“Lambat ambil pesanan, angkat kaki keluar dari kedai, tak perlu tunjuk samseng, buat bising,” tegur seorang pengguna media sosial.

“Terbaik abang, tenang sahaja dia kawal keadaan, terima kasih jadi manusia bijak,” ujar netizen.

Baca lagi:

Misteri kehilangan dua sahabat terjawab, dijumpai mati dalam MPV

Pengedar dadah rempuh kereta polis, paksa polis lepaskan 6 das tembakan

Ramai yang tak percaya suara Mickey Mouse adalah suara Khir Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *