Berang dipaksa ceraikan isteri, menantu rogol dan bunuh ibu mentua

Photo of author

By Joe

Berang dipaksa ceraikan isteri, menantu rogol dan bunuh ibu mentua. Terbaharu, seorang lelaki dari wilayah Batu Bara di Sumatera Utara didakwa telah merogol dan membunuh ibu mertuanya gara-gara dipaksa menceraikan isternya.

Menurut sumber, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batubara, AKP Ellysa Simaremare menyatakan bahawa suspek merogol ibu mertuanya yang berusia 52 tahun sebelum membunuh mangsa pada 7 September lalu di kediaman mereka di Desa Sukaraja di daerah Tanjung Tiram.

Dalam pada itu, Ellysa turut mengatakan kejadian berlaku ketika isteri suspek tidak ada di rumah dan sedang bekerja di Malaysia.

Berang dipaksa ceraikan isteri, menantu rogol dan bunuh ibu mentua

“Suspek memukul dan mencekik mangsa. Kemudian mangsa diseret ke dalam biliknya dan dirogol,” jelasnya menurut laporan.
“Selepas melakukan perbuatan kejam itu, suspek mencuri barang kemas, motosikal dan telefon bimbit mangsa.
“Motifnya kerana sakit hati dan dendam selepas mangsa memaksa suspek menceraikan anak perempuannya kerana terlalu lama menganggur dan enggan bekerja,” tambahnya lagi.

Selain itu, Ellysa berkata, suspek melarikan diri namun telah diberkas pada Rabu di Kota Berastagi, wilayah Karo, dan ditembak di kaki semasa tangkapan kerana dipercayai suspek cuba melawan polis.

Jika sabit kesalahan, suspek yang juga mempunyai rekod jenayah pembunuhan sejak beberapa tahun lalu, berdepan hukuman penjara 15 tahun.

Baca Lagi:
Kerajaan benar guna pelekat harga pada beras putih import ikut harga baharu
Nombor 2 jangan sesekali buat! 7 punca suami isteri bergaduh boleh bawa bercerai
Pergaduhan besar di Desaru Bike Week di Johor raih perhatian ramai