Berang dihon, lelaki bertindak agresif pecahkan cermin kereta guna topi keledar

Berang dihon, lelaki bertindak agresif pecahkan cermin kereta guna topi keledar

Berang dihon, lelaki bertindak agresif pecahkan cermin kereta guna topi keledar. Berang dihon, seorang lelaki bertindak agresif dengan memecahkan cermin kereta dengan menggunakan topi keledar berhampiran lampu isyarat Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata kejadian dipercayai berpunca apabila pengadu bertindak membunyikan hon kepada suspek yang dikatakan melanggar lampu isyarat.

Beliau berkata, video tular mengenai kejadian itu mula dikesan pihaknya pada 8.30 pagi hari ini.

Berang dihon, lelaki bertindak agresif pecahkan cermin kereta guna topi keledar

“Pada 27 Nov 2022 jam lebih kurang 9.39 malam, polis menerima laporan polis kejadian ini dan sehingga kini beberapa saksi telah dirakam percakapan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Zam berkata individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03 9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di 03 2115 9999 atau balai polis berdekatan.

Baca Lagi:
Kisah ulama terkenal di Mesir Abdullah Al Qasem bertukar menjadi Atheis
Tular pasangan ini hidup bahagia bersama walaupun beza umur 32 tahun
Teruja Anwar sebagai PM, warga emas ‘melepaskan niat’ belanja orang ramai di kedai kopi
CATEGORIES