Bently mewah bernilai RM1.3 juta dicuri

Bently mewah bernilai RM1.3 juta dicuri

Bently mewah bernilai RM1.3 juta dicuri.

Bently Mulsanne mewah bernilai lebih daripada $300,000 (RM1.34 juta) yang dicuri dari London ditemui semula di Karachi, Pakistan.

Kereta itu ditemui selepas serbuan dilakukan di Karachi pada Sabtu lalu oleh penguatkuasa Kastam (CCE).

Agensi kastam di Karachi mengesahkan bahawa agensi perisikan United Kingdom telah memaklumkan pihak berkuasa Pakistan bahawa kenderaan yang dicuri itu diletakkan di sebuah rumah di kawasan Pihak Berkuasa Perumahan Pertahanan (DHA) Karachi.

Bently mewah bernilai RM1.3 juta dicuri

“Maklumat yang boleh dipercayai diterima daripada agensi kebangsaan negara terbabit bahawa Bentley Mulsanne berwarna kelabu, V8 automatik, nombor VIN SCBBA63Y7FC001375, nombor enjin CKB304693 telah dicuri dari London dan agensi risikan mereka menunjukkan bahawa kenderaan tersebut sepatutnya diletakkan di 15 -B, South 10th Street, DHA, Karachi,” kata pehawai Lembaga Hasil Persekutuan (FBR) dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kereta itu ditemui di tempat letak kereta pangsapuri di DHA Karachi.

Ekoran itu, kedua-dua tertuduh, Jameel Shafi dan Naveed Bilwani ditahan untuk bantu siasatan.

Menurut media tempatan, jabatan eksais dituduh sebagai ‘fasilitator’ dalam mengelak cukai berjumlah lebih Rs 300 juta (RM16.8 juta) kerana kerajaan wilayah mendaftarkan kenderaan mewah itu, yang nilai taksirannya pada masa import ditunjukkan sebagai Rs 41.43 juta (RM2.32 juta), tanpa kebenaran kementerian luar dan tiada bantahan daripada kastam.

Baca Lagi:

Sepasang suami isteri jumpa duit syiling emas tertanam bawah dapur bernilai RM1.3 juta, terus jadi kaya

Warga emas berkelakuan pelik simen kereta dan rumah, kecoh seluruh Taman Setapak

Chef Wan bangga dengan Hakim, kata-kata Chef Wan buat penyokong Najib Bossku terdiam

CATEGORIES