Bengang kalah dalam permainan, pengantin lelaki tampar bakal isteri di pelamin

Bengang kalah dalam permainan, pengantin lelaki tampar bakal isteri di pelamin

Bengang kalah dalam permainan, pengantin lelaki tampar bakal isteri di pelamin.

Akibat bengang gara-gara kalah bermain permainan, seorang pengantin lelaki sanggup bertindak menampar bakal isterinya semasa majlis perkahwinan mereka dalam satu kejadian di Uzbekistan baru-baru ini, lapor Daily Mail UK.

Difahamkan, pada awalnya pasangan itu perlu mengikuti satu permainan yang ‘dibawakan’ oleh pengerusi majlis di depan khalayak ramai.

Namun segalanya bermula apabila wanita itu terlebih dahulu memenangi permainan tersebut, sekali gus menyebabkan pengantin lelaki berkenaan tidak berpuas hati.

Lelaki itu akhirnya memukul wanita berkenaan pada bahagian kepala dengan penumbuk sewaktu berada di atas pentas hingga mengakibatkan bakal isterinya itu terkejut.

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, wanita tersebut mengangkat tangan pada kepalanya dan bergegas turun dari pentas pelamin sambil dibantu dua wanita lain.

Sementara itu, seorang individu yang dipercayai pengapit pengantin lelaki tersebut juga turut terkejut melihat kejadian berkenaan, namun dia hanya kekal berdiri tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Difahamkan, majlis itu diadakan di satu lokasi di Uzbekistan, namun tiada sebarang maklum balas daripada penguatkuasa undang-undang terhadap kejadian tersebut.

Menurut Daily Mail, tiada maklumat terkini didapati selepas video yang dirakam itu tersebar di Twitter sehingga ke Asia Tengah dan mengundang kemarahan orang ramai.

“Ia sangat menyedihkan. Saya harap dia akan mencari kebenaran untuk mendakwanya dan memastikan lelaki itu bertanggungjawab atas kelakuannya,” tulis seorang warganet di platform media sosial.

“Sungguh menyeramkan! Bagus perkara ini keluar di internet untuk memalukan lelaki itu. Tetapi saya harap dia boleh menjauhi daripada lelaki itu,” ucap seorang lagi.

Sehingga sekarang, pengguna media sosial mahu lelaki itu menerima hukuman setimpal berkaitan hak asasi manusia, sementara wanita itu pula menfailkan tuduhan dengan segera.

Yang anehnya, ini bukan kali pertama video seperti itu muncul di media sosial mengenai pasangan pengantin yang bergaduh ketika majlis perkahwinan mereka sendiri.

Terdahulu, pada 2019, satu rakaman video menarik perhatian orang ramai yang menunjukkan seorang pengantin lelaki menampar isterinya yang bergurau semasa mahu menyuap cebisan kek ke dalam mulut sewaktu majlis perkahwinan.

Perkara itu juga dikatakan berlaku di negara yang sama.

Baca Lagi:

[VIDEO] Bertumbuk dengan warga asing, juruteknik di tahan polis

Rakyat India makin ganas hina Nabi, sebar karikatur menghina

Dah jadi macam ‘tiger show’, aksi tayang dan tepuk punggung 4 usahawan produk dikecam netizen

CATEGORIES