Benda boleh gaduh buat apa bincang, ini punca sebenar pergaduhan berlaku tengah jalan

WhatsApp Image 2022 06 15 at 8.50.04 AM e1655262077393

Benda boleh gaduh buat apa bincang, ini punca sebenar pergaduhan berlaku tengah jalan.

Terdapat satu pergaduhan yang berlaku antara seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang berlaku pada petang kelmarin. Apa kes ni?

Menurut laporan Kosmo, kejadian yang tular dalam video 22 saat di media sosial itu berlaku di Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1 ketika laluan disitu sesak.

Dalam video tersebut kelihatan yang mereka berdua saling berbalas tumbukan sebelum dileraikan pengguna jalanraya lain yang ada di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati yang lelaki menaiki kereta itu tidak mahu ketepikan keretanya sebelum berlaku pertengkaran mulut.

Perkara itu buatkan lelaki yang menunggang motosikal tidak dapat berjalan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim.

Pertengkaran mulut yang berlaku disusuli dengan pergaduhan yang akhirnya dileraikan oleh orang ramai.

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk selesaikan secara baik dan pengadu hanya buat ‘Covering report’ sahaja.

Kan bagus selesai cara baik, tak guna bergaduh nanti makan diri juga. Apapun, kita sebagai pengguna jalanraya tak boleh pentingkan diri.

Baca Lagi:

Rakyat India makin ganas hina Nabi, sebar karikatur menghina

Imam didakwa bogel depan kanak-kanak, remaja perempuan di perkarangan surau

[VIDEO] Bertumbuk dengan warga asing, juruteknik di tahan polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *