Belum habis isu parti dalam gerabak KTM, ada lagi parti liar separuh bogel di Terengganu

Photo of author

By Joe

Belum habis isu parti dalam gerabak KTM, ada lagi parti liar separuh bogel di Terengganu. Pemilik sebuah resort persendirian di Pulau Lang Tengah akan dipanggil pada Khamis berkenaan dengan penyebaran beberapa keping gambar dan poster yang memaparkan penganjuran sebuah parti liar di kawasan peranginan tersebut.

Datuk Razali Idris, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim negeri, mengatakan bahawa pihak berkenaan telah diminta untuk memberikan penjelasan mengenai isu yang telah tersebar luas di media sosial sejak Selasa.

Beliau menyatakan bahawa pertemuan tersebut juga akan melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Belum habis isu parti dalam gerabak KTM, ada lagi parti liar separuh bogel di Terengganu

“Kita akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu, jika ada kesalahan dari segi peraturan atau apa-apa akta kita akan bertindak.
“Kita akan teliti terlebih dahulu jawapan daripada pihak premis swasta tersebut sebelum apa-apa tindakan diambil sama ada salah dari segi garis panduan hiburan, pelancongan atau kelulusan permit,” katanya mengutip laporan portal rasmi kerajaan negeri malam Selasa.

Dalam pada itu, Razali turut menyeru orang ramai menyalurkan sebarang maklumat mengenai isu tersebut kepada pihak berkuasa.

“Jika ada bukti ia menyalahi peraturan atau ada orang beragama Islam terlibat dalam parti itu, boleh salurkan kepada pejabat agama untuk siasatan lanjut.

“Insya-ALLAH kita sama-sama jaga dan majukan sektor pelancongan negeri kita,” katanya.

Pada Selasa, poster dan gambar yang menunjukkan wanita berpakaian seksi hadir dalam sebuah parti liar yang dikenali sebagai Aloha Party tersebar luas. Parti tersebut didakwa diadakan di pulau tersebut.

Gambar-gambar tersebut telah menarik perhatian ramai, dengan kebanyakan daripada mereka mengkritik parti tersebut dan menganggapnya tidak sesuai diadakan di negeri ini.

Baca Lagi:
Misteri kehilangan ‘The Frog Boys’: 5 sekawan yang hilang ketika cari katak atas bukit
“Aku dedah dekat isteri dia yang aku terlanjur dengan suami dia, sekali ini respon isteri dia buat aku terkejut..”
“Betul ke banduan akan pengsan bila kena sebat?”- Pegawai ini kongsi keadaan sebenar ketika hukuman sebat dijalankan