Bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia

Photo of author

By Joe

Bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia. Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia sekitar jam 4.28 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Berita duka pemergian Abdul Taib ke rahmatullah disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof kepada Astro AWANI sebentar tadi.

“Sekarang jenazah akan dimandikan dan Insya-Allah akan dibawa ke Masjid Negara untuk penghornatan terakhir (peringkat Semenanjung) sebelum jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan ke Kuching, Sarawak,” kata Fadilah.

Bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia

Allahyarham Abdul Taib yang genap 87 tahun pada 21 Mei lalu akan dibawa pulang ke Kuching hari ini dan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir.

Jenazah Allayarham akan disembahyangkan di Masjid Demak sebelum disemadikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya.

Sebelum ini, Abdul Taib merupakan satu-satunya figura politik era penubuhan Malaysia yang masih hidup dan pernah berada dalam Kabinet Sarawak yang ditubuhkan pada 22 Julai 1963.

Baca Lagi:
“Ayah mentua sakit, suami bawa dukun dari seberang, lepas suami meninggal baru terbongkar, rupanya dukun tu madu aku dah 12 tahun”
Hasil pusing satu kampung, budak bawa balik ang pows bernilai RM13,300
Bawa tuah ‘first prize’, nombor plat kereta Perdana Menteri Thailand jadi perhatian ramai