Bekas juruteknik dedah sesuatu, siap haramkan seluruh keluarga beli coklat duit syiling, bola. Bekas juruteknik (technician) sebuah kilang coklat di Melaka menasihatkan orang ramai tidak membeli coklat duit berbentuk duit syiling emas dan bola sepak kerana proses pembuatannya tidak mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan.
Individu bernama Khai itu berkata, semenjak mengetahui perkara tersebut dia menegah ahli keluarganya membeli coklat itu.
“Aku pernah kerja di kilang coklat di Melaka, sebagai technician. Nak dijadikan cerita, kilang tu membuat coklat duit syiling warna emas dan coklat biskut bola serta macam-macam lagi.
“Kalau nak tahu, coklat yang ada di kedai berbentuk duit syiling dan bola warna warni itu dibuat di kilang itu. Dilabel dan kemudian diletak pelbagai alamat-alamat kilang. Padahal, kilang itu sendiri merupakan pembekal utama.
“Di sini aku nak beritahu, janganlah beli dan makan sebab terlalu kotor. Pekerja dia Nepal, sampai yang tangan kena kudis bernanah pun dia buat kerja gaul biskut coklat bola itu, uli guna tangan tanpa glove. Boleh bayangkan nanah-nanah itu melekat di coklat-coklat itu?
“Semenjak hari itu, aku haramkan seluruh keluarga aku untuk beli coklat duit syiling dan bola sebab terlalu kotor.
“Ada yang meludah di tepi, kemudian coklat jatuh dan dikutip serta diproses semula. Jadi korang fikirlah sendiri selepas ini nak makan atau tidak. Memang jijik,” katanya.
Dakwaan Khai itu menimbulkan kebimbangan orang ramai. Tidak kurang juga yang mempertikaikan dakwaan tersebut kerana sekiranya benar, Khai sepatutnya membuat aduan atau laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.